Posts

Showing posts from 2013

Sesudah Gerimis.

Image
Perjalanan yang mengambil masa selama tiga jam itu membangkitkan aku dalam kehairanan. Di mana pula tempat yang dibawa oleh sahabatku ini. Aku tersedar lalu melihat jam sudah menunjukkan ke angka 6 pagi.
Mari subuh dahulu. Ku lihat ada kiriman pesanan ringkas dari ibuku, mengejut bangun subuh seperti selalu. Ibu tak pernah jemu mengejutkan aku dari alam lena.

Sesudah mengangkat wudhuk, aku pun terus membentang sejadah berwarna ungu pemberian dari ayah dan ibu yang dibeli di Makkah. Sungguh cantik dan halus pembuatannya, makin tertarik ia boleh digunakan dua-dua belah. Alhamdulillah, selesai sahaja bermunajat pada Allah S.W.T aku melipatkan kembali sejadah dan telekung.

Aku menghampiri jendela, lalu ku buka kan jendela agar udara pagi masuk ke segenap kamar. Selang beberapa minit aku merasakan ada titisan hujan jatuh di pergelangan tangan. Di dalam hatiku, Allah tak pernah menghampakan aku untuk merasai nikmat hujan di pagi hari. Rakan-rakanku masih lena dibuai mimpi. Aku pula kembali…

Gigi-gigi Air

Angin yang menampar pipi ini
Kuat !
Gigi-gigi air juga menampar kaki juga seperti
merasai kesakitan ini.

Semangat malam dirasa kuat
Meneruskan saki baki kehidupan di kota
Bicara Ibu, hidup ini adalah satu percaturan
Tersalah langkah selamanya merana
Bicara Ayah, kaki ini dah penat berlari
Tetapi hati masih kuat

Keesokkannya, kami datang semula
Meninggalkan memori lama bersama mereka
Menghamparkan sebuah kenangan pernah bersama
Dan kini harus terpisah.

Berhenti Berharap 3.

Assalamualaikum...

"Hannah, dia ke sana mengejar ilmu dan mengejar cita-cita dia. Dan kau patut mendoakan kejayaan dia bukannya menangis sebegini" Pesanan Sofea berulang kali bermain di mindanya. Puas dia cuba untuk hilangkan kedukaan itu tapi masih perit.

Ketika usai kami menuju ke jalan rumah masing-masing tadi, aku memalingkan muka dan wajah kami bersatu. Terpancar kegembiraan terlukis di wajah tampannya itu. Anak lelaki Pak Akob ni memang kacak sekacak ayahnya waktu bujang sehingga berebut-rebut wanita dalam kampung ini menginginkan Pak Akob. Sekarang, wajah tampan itu diwarisi Arjuna. Aku tahu Laila anak imam satu surau ini juga tergila-gilakan Arjuna dan pernah bergaduh denganku hanya kerana kami pulang sekolah bersama, sejujurnya kami berbincang mengenai pelajaran yang tidak fahami itu dan aku bukan berdua tetapi ada menemani kami. Lamunanku terhenti.

"Hannah, mari turun makan. Ummi dah siap sediakan makanan ni" Lembut tutur suara Ummi mengejutkan aku dari r…

Untuk Malam ini...

Assalamualaikum...

Untuk malam ini,
Biarkan rasa itu pergi,
Biarkan kita berkelana,
Berkelana jauh meninggalkan.

Ayah,
Kepergiaanku ini,
Hanya sementara,
Bukan selamanya.

Ibu,
Hilangkan rasa duka mu,
Hapuskan airmata mu,
Jangan kau biarkan rasa sedih menyelebungi dirimu,
Ku kan kembali semua.

Untuk kakak dan abang,
Kamu bertiga adalah anugerah Allah,
Yang tak dapat memisahkan kita ,
Sayang adik ke syurga.

BFF (Ayie, Adah dan Sue)
Sahabatku,
Tiada apa lagi,
Yang ingin ku sampaikan,
Yang ingin aku beritakan kepada kamu,
Hanya doa dan ingatan saja ku berikan.




Untuk Malam Ini...

Nur izzatty Love xoxo

... Berhenti Berharap 2

Image
Assalammualaikum...

Aku pulang dengan seribu kekecewaan bahawa kami akan berpisah.

"Hannah, kau kena kuat. Pergi dia ke sana bukan utnuk suka-suka tetpai untuk kesejahteraan kau bersama dan kau perlu ingat kau belum sah jadi milik dia. Kau hanya kawan pemberi semangat kepada dia sahaja. Kau bukan sesiapa di sisi dia" Tegur Sofea sambil memegang tangan ku.

"Aku bahagia dan aku gembir mendengar perkhabaran dari dia tadi. Cuma aku tak tahu kenapa aku jadi begini pula" Hamparan di kaki yang tadi elok saja kini sudah berselerak dek kerana aku memaut lembut kaki Sofea. Kawan sejak menjejakkan kaki di universiti sehingga kini. Dia yang memperkenalkan aku kepada Arjuna. Kawan yang bertanggungjawab melihat seribu satu masalahku. Dia adalah segala-galanya padaku.

"Hannah, selagi belum akad nikah yang sah kau bukan sesiapa di hati dia. Kau hanya kawan atau teman seperjuangan dia" Sofea berulang kali menyebut pekara itu.

Di luar sana hujan rintik-rintik lalu aku ter…

....Berhenti Berharap

Assalammualaikum...

Di hujung hening senja ini, aku merafakkan syukur ke hadrat illahi kerana aku masih boleh bernafas di muka bumi ini.

Semalam, si Arjuna datang membawa sepucuk surat berwarna coklat pekat. Di hadapan sampul itu ada setem yang tertulis Kuala Lumpur dan tarikh itu hari ini. Maknanya pertemuan ini mesti akan ada sesuatu berita yang mengembirakan atau mengusarkan hatinya.

Aku menunggu di kerusi taman itu, menunggu dengan seribu pengharapan bahawa arjuna datang membawa berita yang mengembirakan bukan yang menyedihkan. Angin petang itu lembut menampar lembut pipi ini ditemani juga sekawan bangau. "Damai benar petang ini" di dalam benaknya berkata-kata.

"Assalammualaikum, ya Hannah" lembut tutur sang pemilik suara si arjuna itu.

"Waalaikummusalam, Arjuna" Aku mengganguk lalu menunduk wajah. Tidak mampu hendak bertentang mata   kerana timbul perasaan yang tidak sepatutnya ada dalam hati ini.

"Arjuna ada bawa perkhabaran dari bumi Yaman, y…

Salam Terakhir

Assalammualaikum.

Lirik Bila Waktu Telah Berakhir - Opick

Bagaimana kau merasa bangga
Akan dunia yg sementara
Bagaimanakah bila semua hilang dan pergi
Meninggalkan dirimu

Bagaimanakah bila saatnya
Waktu terhenti tak kau sadari
Masikah ada jalan bagimu untuk kembali
Mengulangkan masa lalu

Dunia dipenuhi dengan hiasan
Semua dan segala yg ada akan
Kembali padaNya

Bila waktu tlah memenggil
Teman sejati hanyalah amal
Bila waktu telah terhenti
Teman sejati tingallah sepi

Mungkin semua dapat tahu apa yang sebenarnya aku nak tulis kali ini. Permergiaan seorang yang sangat bermakna dalam hidup kami sekeluarga. Pemergiaan sebutir permata yang masih kami perlukan untuk menyambung kekuatan darinya.

Al-Fatihah untuk Kamariah Binti Md Nor. 

Jam 9.00 malam Malam selasa minggu lepas, kami dikejutkan apabila Mak Wok harus dihantar semula ke Hospital Melaka. Waktu itu kami bungkam dalam diri masing-masing. Kami terkedu apabila Mak Wok dikejarkan semula ke hospital. Sampai sahaja ke wad kecemasan, ramai sangat orang se…

Kisah malam itu.

Assalamualaikum...

Malam itu, angin kelabu dan hujan mula lebat. Selebat seperti hatiku. Aku mencapai telefon bimbit dan menghantar pesanan ringkas kepada kakak angkatku. Menyatakan aku dalam sendiri dan memerlukan seseorang.

"Akak, sampai hati dia buat begini pada aty?" Aku mengelap airmata dan terus keluar dari bilik.

"Kenapa ni aty? Suara macam orang bergaduh saja. Cuba cerita dengan akak. Jangan di simpan sayang" Aku diam dan terus menangis.

"Sampai hati dia biarkan aty sendiri, lalui liku hidup ini sendiri. Apakah dia lupa kami pernah sama-sama suka duka"

Hujan masih lebat, guruh makin berdentum. Semalam seperti memahami jiwa ini. Teringin juga ingin berkongsi rasa dengannya. Tapi rasa tak mampu untuk hadapinya sendiri.

Jam 12 tengah malam hujan masih lebat dan masih kelam. Daun-daun pokok yang sering kita sentuh sebelum menuju ke kelas masih juga basah. Sebasah hati kami.

"Aty, dah banyak kali akak ulang pada aty supaya kuat dan sabar. Walaupun…

Selamat Ulangtahun Awak :)

Image
Asalammualaikum, rasanya dah lama sangat tak menatap blog. Kerana terlalu banyak kerja yang utama jadi Taty harus dahulukan yang utama dari yang lain. Untuk kali ini, blog Taty mengenai ulangtahun seseorang yang pernah menjadi yang terbaik untuk Taty

Selamat Ulangtahun Awak. Ucapan yang pertama yang Taty nak ucapkan kepada awak adalah :


Semoga panjang umurSemoga murah rezekiSemoga mendapatkan apa yang awak impikanSemoga menjadi seseorang yang membanggakan seluruh ahli keluarga awakSemoga menjadi seorang yang setia seperti sebelum iniSemoga mendapat pekerjaan yang sesuai dengan kerjaya awakSemoga menajdi anak yang soleh kepada kedua ibu bapa awakSemoga awak kuat menghadapi dugaan hidupSemoga awak tetap dengan janji-janji dahulu danSemoga awak sentiasa berada yang terunggul di dalam hati kepada semua orang sekeliling awak.
Kali ini ucapan saya lebih panjang dari sebelum ini, kerana saya dah matang bukan macam dulu. Tak matang dan sengal-sengal. Semoga awak baca apa yang saya tulis ni (wa…

Untuk dia.

Image
Assalammualaikum, kali ini saya menitipkan kata-kata untuk peneman saya.


iaitttttuuuuuu......


Inilah kakak kesayangan saya NorAmira binti Mohd Redzuan Fakulti Penulisan Kreatif, Aswara

Macam mana ya permulaan perhubungan kita ya? Tak pastilah, tapi apa yang penting pertemuan kami bermula dengan atok iaitu Shaurin, jadi dari situ kami mula berkenalan sehingga sekarang dan selamanya.

KEISTIMEWAAN KAKAK KESAYANGAN
Penyayang Setia Sangatkan sayangkan kanak-kanak Ambil berat
Mungkin sebab apa kami semakin rapat adalah kami mempunyai jiwa yang rapuh kadangkala tetapi saling mendekatkan diri sesama. Kedua, nenek suka mencari Taty di kala Taty sakit, rapuh dan bahagia. Taty sayang nenek ni macam teman rapat taty yang lain sebab nenek dah macam kawan jugak. Tapi nenek lain sikit sebab suka buat Taty gelak dan tertawa.





Ini bukti nenek sayangkan kanak-kanak, setiap gambar mesti gambar budak ekcik cenonet tu.


Seterusnya, walaupun nenek ni jadi nenek tapi perangai sebijik macam budak-budak, kihkih.…

Selamat Hari Lahir Taty =)

Image
Assalammualaikum =)

Semalam genap usia Taty sudah berusia 20 tahun tepat. Usia yang dah matang tapi perangai amcam budak-budak lagi. kihkih.


Malam 20-3-2013, Taty dah tidur lepastu semua lampu tutup dan mereka kejutkan Taty sambil bawak kek yang ada lilin ! Masa itu hanya Allah sahaja yang tahu betapa terharu, sedih, gembira, dan hebat kerana mereka sanggup luangkan masa, kongsi makanan dan buat rancangan untuk Taty. Kali ini birthday sangat-sangat terharu. Alhamdulillah. 


Pagi itu lepas solat subuh, dapat whatsapp dari abang kesayangan beta iaitu Abang Syaer sebab hantar gambar-gambar di atas. Ya Allah, ini lagi satu kejutan untuk Taty sebab abang taty punyalah rajin tangkap gambar mereka semua. Mari Taty kenalkan artis satu-persatu kotak pertama "Najwa Latif" artis kedua
"Kaka", "Cik Tah", "Kumpulan Sleeq", dan "Dina". Inilah kejutan yang Abang Syaer saya dah janji nak buat kejutan, tapi kalau seronok dia bawa saya sekali untuk jumpa…

Selamat Ulangtahun Abang Iwan..

Image
Assallamualaikum...

Kali ini entry mengenai abang saya iaitu bernama Muhammad Syazwan bin Muhiddin. Inilah orangnya.


-Seorang abang yang penyayang dan garang sikit. Apa yang buat saya menghargai dirinya adalah cara didikan dia. Dia sama sekali tidak menyukai saya bercinta semasa belajar jadi sampailah saya single. Lagipun sebenarnya saya hargai cara didikan itu sebab mendidik saya supaya tidak leka dan cuai.
-Abang Iwan ni jugak suka belanja kami walaupun dia tahu waktu kami dah kekenyangan tapi dia tetap jugak nak belanja.
-Abang Iwan ni jugak suka paksa kami kalau kami tak ikut apa yang dia suruh, yang selalu jadi mangsa adalah saya dan Abang Syaer jugak. Dia akan paksa kami sehingga kami ikut apa yang dia suruh. hehe.
-Abang Iwan jugak suka sangat lepak sambil minum-minum walaupun dah jauh lewat malam. Rindu pulak dengan dia ni.
-Di samping itu jugak, kalau suruh dia karaoke lagu Awie, memanglah tak lena malam sesiapa benar. Suara dia lebih kurang lagi-lagi kalau dia bawa lagu Di P…

Sebab kami sentiasa rapat.

Image
Ini sebab kami sentiasa bersama dan bersama. 16 konsep kami utuh bersama sehingga kini...
Assalammualaikum. Disebabkan terlalu sibuk dengan kerja yang semakin meninggi. hehe, tapi tetap jugak menghabiskan masa sekejap untuk berkongsi apa yang patut. Buat kata BFF saya, dah lama tak tengok u post apa-apa dekat blog. hehe. Kali ini saya realisasikan harapan dia untuk bulan februari.
Kali ini mahu bercerita mengenai si dia yang rapat dengan saya. Macam belangkas buat kata orang sekeliling, tapi memang betul pun apa yang diperkatakan oleh orang ramai.
Pekara yang utama:
1) Si BFF boleh menahan hujan, panas ribut taufan hanya sebab nak temankan saya pergi cari tudung di Jalan Tar yang serius sesak dengan orang ramai. 2)Kami boleh serapat yang mungkin kerana kami berdua memang suka makan sushi walaupun dalam kuantiti yang banyak dan kami sudah kenyang waktu itu.
3)Kami berdua suka bergosip dan melepak walaupun waktu itu hanya kami berdua kami boleh layan melepak sehingga kadang-kadang sejam…

Satu masa kita akan melaluinya

Assallammualaikum.. Dah lama tak update sebab terlalu sibuk dengan kehidupan seorang pelajar. Heee.

Kata seorang sahabat "satu masa dan ketika kita akan merasa kehilangan. Jadi, awak kena mula dari sekarang untuk berlatih merasainya". Agak terkejut tetapi bila membaca petik-petik kata dari sahabat itu tapi bila difikirkan kembali memang benar bahawa sesebuah perhubungan itu akan merasa kehilangan.

Kata seorang sahabat lagi "untuk mencari keindahan persahabatan itu adalah apabila mereka sama-sama merasai jatuh bangun tanpa ada erti putus asa"

Wahai sahabatku, untuk merasai sebuah kehilangan itu haruslah kita menguatkan diri masing-masing sebelum menghadapinya. Teman, bukanlah banyak kenangan kita bersama-sama, tetapi satu pintaku kenang daku dalam doamu.




     love xoxo Nur izzatty*