Posts

Showing posts from 2015

Akhiri Penantian Ini

Tuhan itu Maha Baik
Sering memberi apa yang diminta hambanya
Walaupun kadang apa yang diminta oleh hambanya
Melampui batas...

Tuhan itu Maha Penyayang
Menemukan walau dipaksa memakan masa yang panjang
Kerana Dia sedar hamba itu tak pernah mengalah
Walau dalam benak sering terkalah


Tuhan itu Maha Pemaaf
Memberi kemaafan tanpa disekat
Kerana Dia tahu hamba itu akan kekal memohon kemaafan
Walau sering saja culas meminta kerana terlupa


Terima kasih Tuhan kerana menemukan walaupun lewat. Kerana yang lewat itu bisa saja jadi yang terbaik dalam hidupnya.
Sanubari Zaty Dean
Di kejauhan rasa ini Mula terbentang hamparan rindu yang kelam Saat dia mengetuk pintu hati Tergugat jiwa dek salah sendiri
Jauh-jauh terbang ke langit Jangan dilupa rumput di bumi
Di celah-celah kehidupan Sukma bergetar memohon pada illahi Moga tiada dendam di lubuk sanubari

Kelmarin, perasaan ini dihantui lagi. Berulang kali sebenarnya aku halang namun makin dihalang makin dia menghampiri. Perasaannya lain, lain daripada biasa. Namun, aku tahu Tuhan maha mengerti apa yang terbaik untukku.

Nur ‘Izzatty Muhidin
17 Mac 2015

3 Perempuan Pencari Tuhan

Image
Petang yang damai kelmarin, dua sahabat dalam perjalanan Ustaz kesayangan mereka. Dari hari isnin sehingga ke hari jumaat semangat mereka berkobar-kobar. Tidak sekobar mereka bertemu orang lain. Aku yakin mereka sudah jatuh dengan curahan ilmu yang diberikan oleh Ustaz terbabit. Aku juga terkesan ketika pertama kali mendengar ilmu-ilmu yang diberikan Ustaz itu. Namun, minggu ini aku ada hal yang tidak boleh dielakkan maka aku tidak dapat menghadirkan diri ke majlis ilmu yang penuh barakah ini. Tidak mengapa, Insya Allah minggu hadapan pergi.

Sekembalinya mereka dari masjid itu, pagi itu kami berjanji untuk berjumpa di KL Sentral untuk menikmati makan tengahari. Sudah lama tidak makan bertiga, selalunya berdua dan kadangkala dia sendirian.

Hari ini masing-masing berjanji hendak berjubah hitam mencari tempat-tempat menuju jalan Allah. berpegangan tangan persis anak kecil yang mendakap tangan ayahanda bonda. Ohh, aku rindu Puan Azizah dan Encik Muhiddin. Sungguh rindu ini satu hembusan …

Semester Baru

Deru angin dari pantai menghangatkan tubuh pemuda itu
Berjalan selangkah demi selangkah seolah tiada penghujung
Mungkin baginya tiada penghujung pada setiap pertemuan
Selain perpisahan...

Kali ini dia hampir putus semangat
Seolah semangatnya terbuai-buai
Tiada pautan yang memungkin dia boleh berdiri sendiri
Selain usaha doa dan tawakal yang istiqamah.

Dia bangkit semula serta hadir ke kuliah..


Semester dua baru bermula. Aku sebenarnya masih dalam mood bercuti tapi kadang-kadang semangat baik itu muncul lalu, aku segera pergi mencapai buku dan membaca. Kata Cik Wan, mesti membaca walaupun hanya majalah, surat khabar dan bahan-bahan bacaan yang lain. Kadang dalam pembacaan yang santai itu sebenarnya ada ilmu yang satu hari nanti kita akan guna. Jadi, aku nak beritahu sebenarnya cuti semester lepas aku tak habis baca buku waimah sebuah. Entahlah, apa yang aku buat pun aku tak tahu. Tapi, Alhamdulillah ada jugalah aku menulis serba sedikit. Janji kepala otak ni aku tak biarkan berkarat k…

Walaupun Bukan Mudah

Image
Semenjak dua menjak ini aku dihantui kembali kenangan lalu. Kawan-kawan masa diploma, memang menipulah kalau aku dah hilang rindu pada mereka. Aku ingat lagi bila kalau lalu bawah lorong nak ke Kedai Makan Pak, mereka akan sedaya upaya mengacau aku sampaikan aku pernah menjerit dan butang tudung tercabut. Punyalah kuat aku menjerit sampai boleh tercabut, tapi lepas itu pandailah abang long aku pergi beli yang baru. Itu baru sebahagian. Banyak lagi kisah yang aku nak coretkan tapi aku takut masa aku tulis nanti, aku nangis. Ada pernah sekali kami sekelas keluar pergi Masjid Jamek semata nak teman aku berjalan-jalan. Habis kelas semua terus hilang. Itu antara kenangan yang paling aku ingat sampai sekarang. Lepas habis PeTA semua dah sibuk dengan tujuan hidup masing-masing. Ada yang nak sambung belajar, ada yang memilih untuk berkahwin, ada yang memilih untuk berniaga, memilih untuk bekerja di negeri kelahirannya, ada yang mahu bekerja sementara dan ada juga yang mahu melansungkan perka…