3 Perempuan Pencari Tuhan


Petang yang damai kelmarin, dua sahabat dalam perjalanan Ustaz kesayangan mereka. Dari hari isnin sehingga ke hari jumaat semangat mereka berkobar-kobar. Tidak sekobar mereka bertemu orang lain. Aku yakin mereka sudah jatuh dengan curahan ilmu yang diberikan oleh Ustaz terbabit. Aku juga terkesan ketika pertama kali mendengar ilmu-ilmu yang diberikan Ustaz itu. Namun, minggu ini aku ada hal yang tidak boleh dielakkan maka aku tidak dapat menghadirkan diri ke majlis ilmu yang penuh barakah ini. Tidak mengapa, Insya Allah minggu hadapan pergi.

Sekembalinya mereka dari masjid itu, pagi itu kami berjanji untuk berjumpa di KL Sentral untuk menikmati makan tengahari. Sudah lama tidak makan bertiga, selalunya berdua dan kadangkala dia sendirian.

Hari ini masing-masing berjanji hendak berjubah hitam mencari tempat-tempat menuju jalan Allah. berpegangan tangan persis anak kecil yang mendakap tangan ayahanda bonda. Ohh, aku rindu Puan Azizah dan Encik Muhiddin. Sungguh rindu ini satu hembusan yang kuat. Setelah selesai menguruskan perkara yang utama kami terus menuju ke Pustaka Mukmin dengan tujuan mahu menghabiskan baucer buku yang berbaki rm150 itu. Sayang nak habiskan, tapi nak tak nak kena jugak beli buku itu hari ini. Mendapatkan buku Ustaz Hasrizal Abdul Jamil dan mereka juga mencari buku-buku kesukaan mereka kami beransur pulang ke rumah dan hostel masing-masing. Betapa indah perancangan Allah menyusun satu persatu aktiviti kami dengan baik dan semua yang kamu mahu pergi dapat juga pergi. Esok ada perancangan yang lain pula. Insya Allah, Allah lindung.



Apa yang seronok sangat tu Izzatty? 



Perempuan Bertudung Hijau, sering menghangatkan pelukan dalam bicara-bicara yang indah. Tak pernah sekali mengeluh walau banyak yang mencemuh. Dalam persahabatan sering menjadi bahan tawa kami. Maaf Adah, kami bergurau. MashaAllah, awak sangat baik.


Perempuan Bertudung Merah yang sering memberi kekuatan dalam doa dan kata-kata. Sering mengumpul semangat dalam diam. Walau waktu itu dia sedang berduka. MashaAllah, awak sangat baik. 



Terima kasih sampai syurga, kerana sering memimpin tangan hina ini dalam duri dan lopak kehidupan. Aku perempuan ketiga yang mahu mencari Illahi di dunia akhir zaman ini.Jangan kau biarkan pegangan tangan ini berkecai. Kerna kamu, aku kuat dalam mengejar cinta Yang Satu. 

Sayang kamu kerana Allah !!



Yang Tulus Ikhlas
Zaty Dean

Comments

Popular posts from this blog

Sesudah Gerimis.

Keluarga Muhiddin dan Azizah