Satu masa kita akan melaluinya
Assallammualaikum.. Dah lama tak update sebab terlalu sibuk dengan kehidupan seorang pelajar. Heee. Kata seorang sahabat "satu masa dan ketika kita akan merasa kehilangan. Jadi, awak kena mula dari sekarang untuk berlatih merasainya". Agak terkejut tetapi bila membaca petik-petik kata dari sahabat itu tapi bila difikirkan kembali memang benar bahawa sesebuah perhubungan itu akan merasa kehilangan. Kata seorang sahabat lagi "untuk mencari keindahan persahabatan itu adalah apabila mereka sama-sama merasai jatuh bangun tanpa ada erti putus asa" Wahai sahabatku, untuk merasai sebuah kehilangan itu haruslah kita menguatkan diri masing-masing sebelum menghadapinya. Teman, bukanlah banyak kenangan kita bersama-sama, tetapi satu pintaku kenang daku dalam doamu. love xoxo Nur izzatty*