Posts

Showing posts from June 8, 2014

Setelah Sekian Lama

Usai menyudahkan beberapa kerja yang tergendala tadi. Aku membetulkan kedudukan di kerusi lalu mengambil telefon bimbit. Beberapa pesanan ringkas laju saja aku membalas kerana beberapa perkara penting yang dihantar oleh kawan-kawan dari teman sekuliah. Memberitahu bahawa jam berapa mahu menghantar PeTA kepada penyelaras. "Taty, awak PeTA tahun ini. Percaya tak awak dah sejauh ini melangkah?". Tanya sahabat lamaku. Aku mengelap airmata. Berbuat seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. "Ya, tahun ini Taty PeTA. Taty pun tak sangka Taty dah sejauh ini melangkah. Walaupun lambat langkahannya tapi Taty dah sampai kemuncaknya. Alhamdulillah". Aku menjawab lalu ke bilik air mahu membersihakan wajah dari airmata. Beberapa sahabat di dalam bilik, perasan perubahan pada wajahku. "Apa awak rasa? Mesti tak sabar nak habiskan ?" Tanya dia lagi. Aku membiarkan sebentar telefon itu berbunyi. Aku mula menumpukan kerja yang mahu di hantar sebentar lagi. Bilik yang