Posts

Showing posts from April 28, 2013

Kisah malam itu.

Assalamualaikum...

Malam itu, angin kelabu dan hujan mula lebat. Selebat seperti hatiku. Aku mencapai telefon bimbit dan menghantar pesanan ringkas kepada kakak angkatku. Menyatakan aku dalam sendiri dan memerlukan seseorang.

"Akak, sampai hati dia buat begini pada aty?" Aku mengelap airmata dan terus keluar dari bilik.

"Kenapa ni aty? Suara macam orang bergaduh saja. Cuba cerita dengan akak. Jangan di simpan sayang" Aku diam dan terus menangis.

"Sampai hati dia biarkan aty sendiri, lalui liku hidup ini sendiri. Apakah dia lupa kami pernah sama-sama suka duka"

Hujan masih lebat, guruh makin berdentum. Semalam seperti memahami jiwa ini. Teringin juga ingin berkongsi rasa dengannya. Tapi rasa tak mampu untuk hadapinya sendiri.

Jam 12 tengah malam hujan masih lebat dan masih kelam. Daun-daun pokok yang sering kita sentuh sebelum menuju ke kelas masih juga basah. Sebasah hati kami.

"Aty, dah banyak kali akak ulang pada aty supaya kuat dan sabar. Walaupun…