Posts

Showing posts from April 20, 2014

Hujan Datang Lagi

Image
Dalam sibuk menguruskan kerja-kerja di semester terakhir ini aku semakin lupa untuk merehatkan diri. Lupa untuk memberi masa kepada otak untuk berehat sambil memandang pada alam. Alam yang tak pernah lupa dan menipu kepada kita. Petang itu, hujan turun lagi. Aku memilih kata tiga sama ada mahu meredah atau sama ada menunggu hujan reda atau membuka payung itu. Lama nak menunggu untuk memilih satu kata itu. Lama-lama menung pun tiada memberi kesan kepada aku.  Wanita dihujung itu masih terus berlari sambil memegang begnya dari dibasahi hujan senja itu. Pakcik tua itu baru sahaja keluar dari bangunan dan terus sahaja mengeluarkan payung dan berjalan malas menuju ke Perhentian Lrt Setiawangsa. Kanak-kanak kecil di kawasan perumahan itu berlari-lari sambil mendepakan tangan dan menikmati nikmat hujan itu dengan sepuas-puasnya. Aku? Masih menanti, dengan tiga jawapan yang tiada kesudahannya. Makcik disebelah aku setia menanti hujan tanpa ada rasa bersalah sama ada mahu mered