... Berhenti Berharap 2
Assalammualaikum... Aku pulang dengan seribu kekecewaan bahawa kami akan berpisah. "Hannah, kau kena kuat. Pergi dia ke sana bukan utnuk suka-suka tetpai untuk kesejahteraan kau bersama dan kau perlu ingat kau belum sah jadi milik dia. Kau hanya kawan pemberi semangat kepada dia sahaja. Kau bukan sesiapa di sisi dia" Tegur Sofea sambil memegang tangan ku. "Aku bahagia dan aku gembir mendengar perkhabaran dari dia tadi. Cuma aku tak tahu kenapa aku jadi begini pula" Hamparan di kaki yang tadi elok saja kini sudah berselerak dek kerana aku memaut lembut kaki Sofea. Kawan sejak menjejakkan kaki di universiti sehingga kini. Dia yang memperkenalkan aku kepada Arjuna. Kawan yang bertanggungjawab melihat seribu satu masalahku. Dia adalah segala-galanya padaku. "Hannah, selagi belum akad nikah yang sah kau bukan sesiapa di hati dia. Kau hanya kawan atau teman seperjuangan dia" Sofea berulang kali menyebut pekara itu. Di luar sana hujan rintik-rintik