Tuesday, 18 August 2015

Akhiri Penantian Ini


Tuhan itu Maha Baik
Sering memberi apa yang diminta hambanya
Walaupun kadang apa yang diminta oleh hambanya
Melampui batas...

Tuhan itu Maha Penyayang
Menemukan walau dipaksa memakan masa yang panjang
Kerana Dia sedar hamba itu tak pernah mengalah
Walau dalam benak sering terkalah


Tuhan itu Maha Pemaaf
Memberi kemaafan tanpa disekat
Kerana Dia tahu hamba itu akan kekal memohon kemaafan
Walau sering saja culas meminta kerana terlupa


Terima kasih Tuhan kerana menemukan walaupun lewat. Kerana yang lewat itu bisa saja jadi yang terbaik dalam hidupnya.

Saturday, 11 April 2015



Sanubari
Zaty Dean

Di kejauhan rasa ini
Mula terbentang hamparan rindu yang kelam
Saat dia mengetuk pintu hati
Tergugat jiwa dek salah sendiri

Jauh-jauh terbang ke langit
Jangan dilupa rumput di bumi

Di celah-celah kehidupan
Sukma bergetar memohon pada illahi
Moga tiada dendam di lubuk sanubari


Kelmarin, perasaan ini dihantui lagi. Berulang kali sebenarnya aku halang namun makin dihalang makin dia menghampiri. Perasaannya lain, lain daripada biasa. Namun, aku tahu Tuhan maha mengerti apa yang terbaik untukku.


Nur ‘Izzatty Muhidin

17 Mac 2015

Saturday, 28 March 2015

3 Perempuan Pencari Tuhan


Petang yang damai kelmarin, dua sahabat dalam perjalanan Ustaz kesayangan mereka. Dari hari isnin sehingga ke hari jumaat semangat mereka berkobar-kobar. Tidak sekobar mereka bertemu orang lain. Aku yakin mereka sudah jatuh dengan curahan ilmu yang diberikan oleh Ustaz terbabit. Aku juga terkesan ketika pertama kali mendengar ilmu-ilmu yang diberikan Ustaz itu. Namun, minggu ini aku ada hal yang tidak boleh dielakkan maka aku tidak dapat menghadirkan diri ke majlis ilmu yang penuh barakah ini. Tidak mengapa, Insya Allah minggu hadapan pergi.

Sekembalinya mereka dari masjid itu, pagi itu kami berjanji untuk berjumpa di KL Sentral untuk menikmati makan tengahari. Sudah lama tidak makan bertiga, selalunya berdua dan kadangkala dia sendirian.

Hari ini masing-masing berjanji hendak berjubah hitam mencari tempat-tempat menuju jalan Allah. berpegangan tangan persis anak kecil yang mendakap tangan ayahanda bonda. Ohh, aku rindu Puan Azizah dan Encik Muhiddin. Sungguh rindu ini satu hembusan yang kuat. Setelah selesai menguruskan perkara yang utama kami terus menuju ke Pustaka Mukmin dengan tujuan mahu menghabiskan baucer buku yang berbaki rm150 itu. Sayang nak habiskan, tapi nak tak nak kena jugak beli buku itu hari ini. Mendapatkan buku Ustaz Hasrizal Abdul Jamil dan mereka juga mencari buku-buku kesukaan mereka kami beransur pulang ke rumah dan hostel masing-masing. Betapa indah perancangan Allah menyusun satu persatu aktiviti kami dengan baik dan semua yang kamu mahu pergi dapat juga pergi. Esok ada perancangan yang lain pula. Insya Allah, Allah lindung.



Apa yang seronok sangat tu Izzatty? 



Perempuan Bertudung Hijau, sering menghangatkan pelukan dalam bicara-bicara yang indah. Tak pernah sekali mengeluh walau banyak yang mencemuh. Dalam persahabatan sering menjadi bahan tawa kami. Maaf Adah, kami bergurau. MashaAllah, awak sangat baik.


Perempuan Bertudung Merah yang sering memberi kekuatan dalam doa dan kata-kata. Sering mengumpul semangat dalam diam. Walau waktu itu dia sedang berduka. MashaAllah, awak sangat baik. 



Terima kasih sampai syurga, kerana sering memimpin tangan hina ini dalam duri dan lopak kehidupan. Aku perempuan ketiga yang mahu mencari Illahi di dunia akhir zaman ini.Jangan kau biarkan pegangan tangan ini berkecai. Kerna kamu, aku kuat dalam mengejar cinta Yang Satu. 

Sayang kamu kerana Allah !!



Yang Tulus Ikhlas
Zaty Dean

Wednesday, 11 March 2015

Semester Baru


Deru angin dari pantai menghangatkan tubuh pemuda itu
Berjalan selangkah demi selangkah seolah tiada penghujung
Mungkin baginya tiada penghujung pada setiap pertemuan
Selain perpisahan...

Kali ini dia hampir putus semangat
Seolah semangatnya terbuai-buai
Tiada pautan yang memungkin dia boleh berdiri sendiri
Selain usaha doa dan tawakal yang istiqamah.

Dia bangkit semula serta hadir ke kuliah..


Semester dua baru bermula. Aku sebenarnya masih dalam mood bercuti tapi kadang-kadang semangat baik itu muncul lalu, aku segera pergi mencapai buku dan membaca. Kata Cik Wan, mesti membaca walaupun hanya majalah, surat khabar dan bahan-bahan bacaan yang lain. Kadang dalam pembacaan yang santai itu sebenarnya ada ilmu yang satu hari nanti kita akan guna. Jadi, aku nak beritahu sebenarnya cuti semester lepas aku tak habis baca buku waimah sebuah. Entahlah, apa yang aku buat pun aku tak tahu. Tapi, Alhamdulillah ada jugalah aku menulis serba sedikit. Janji kepala otak ni aku tak biarkan berkarat kalau tidak payah jugak aku nak mula menulis balik. Tulis puisi, tulis cerpen dan tulis diari. Ehhh, mestilah ada tulis diari. Haaa nak dijadikan cerita, abang aku ada satu idea yang bagi aku sepatutnya dah lama kitaorang buat tapi masa tu takda idea, macam mana nak buat. Dia rancang kitaorang buat zine adik-beradik. Sweet jugak abang aku ni sebab ada minat yang sama dengan aku. Sebenarnya, dia memang dah lama menulis tapi cara dia belajar lain dengan aku. Abang aku belajar journlism kat uitm, Tapi, aku tak pernah tanya cara pembelajaran da macam mana. Jadi, kami berusaha dengan gigih menulis siang malam sampai aku rasa tengah buat assgment dan minggu depan nak hantar dengan pensyarah. Sedangkan cuma tunjuk dengan abang dan buat lagi dan sampai dia puas hati dengan idea aku. Ya, bagi aku itu satu bahaya. Sebab abang ni punya garang pun boleh tahan. Faham tak dia garang? Okay, kitaorang berkongsi idea dan pendapat sehingga dia yakin idea aku kuat dan boleh ke hadapan dia akan kata yes dan aku baru boleh teruskan yang lain. Kalau tak jangan harap, dia tak akan benarkan. Lagi-lagi pada puisi. Dia sangat suka tulis puisi sampai kadang-kadang aku pun tak berapa faham. Akhirnya kami dah berhempas-pulas sehingga ada sekali tu ayah tanya  "awak ada assgment ke dik musim cuti ni? Siang malam ayah tengok kamu menghadap laptop." Ayah awak sangat funny. Lepas diberitahu niat suci kami adik-beradik barulah ayah faham. Selepas itu, ayah sering teman aku dan kadang-kadang ayah datang bawa secawan milo dan biskut. Untung ibu dapat suami seromantik ayah, ayah berusaha nak mengembirakan aku lagi-lagi dalam apa yang aku suka. Sekarang kami sedang sibuk mengedit apa yang kurang. Alhamdulillah.


NUR 'IZZATTY 
love xoxo

Tuesday, 13 January 2015

Walaupun Bukan Mudah


Semenjak dua menjak ini aku dihantui kembali kenangan lalu. Kawan-kawan masa diploma, memang menipulah kalau aku dah hilang rindu pada mereka. Aku ingat lagi bila kalau lalu bawah lorong nak ke Kedai Makan Pak, mereka akan sedaya upaya mengacau aku sampaikan aku pernah menjerit dan butang tudung tercabut. Punyalah kuat aku menjerit sampai boleh tercabut, tapi lepas itu pandailah abang long aku pergi beli yang baru. Itu baru sebahagian. Banyak lagi kisah yang aku nak coretkan tapi aku takut masa aku tulis nanti, aku nangis. Ada pernah sekali kami sekelas keluar pergi Masjid Jamek semata nak teman aku berjalan-jalan. Habis kelas semua terus hilang. Itu antara kenangan yang paling aku ingat sampai sekarang. Lepas habis PeTA semua dah sibuk dengan tujuan hidup masing-masing. Ada yang nak sambung belajar, ada yang memilih untuk berkahwin, ada yang memilih untuk berniaga, memilih untuk bekerja di negeri kelahirannya, ada yang mahu bekerja sementara dan ada juga yang mahu melansungkan perkahwinan jugak. Errkkkk. Bukan aku. Tapi orang lain. Namun, Alhamdulillah kami dipertermukan kembali ketika hari kebahagian kami, hari kesyukuran kami dan hari kemenangan kami semua. Hari-hari yang ditunggu oleh kami. Bahagia tidak terkata apabila dipertemukan kembali.


Gambar sebelum kami masuk ke dalam untuk sesi konvokesyen. Alhamdulillah cukup sekelas.




Semasa hari sebelum konvokesyen. 

Aku tahu, yang mereka juga seperti aku yang sentiasa merindui setiap detik masa kita bersama dahulu. Tiga tahun bukan masa yang pendek untuk aku menghapuskan segala dari rindu. Berulang kali aku mengingatkan diri sendiri untuk terus bangkit dan akhirnya aku bangkit dari rindu itu. Rindu yang sentiasa ada dan takkan pernah lekang dalam doa dan kata-kata.


Yang Sentiasa Merindui Kalian
Taty

Thursday, 25 December 2014

Itu Semua Ketentuan Takdir.

Takdir?

Sebuah percaturan yang telah Allah tetapkan untuk sesuatu peristiwa itu. Kau makan sekarang, itu takdir. Kau bercinta sekarang, itupun takdir. Kau sihat atau sakit sekarang, itu juga takdir. Kau bekerja dimana dan bagaimana juga itu takdir. Kau berkahwin tetapi tiba-tiba putus tengah jalan, itu juga takdir. Tiba-tiba selama ini kau selalu diberi anugerah kerana menjadi pekerja atau pelajar contoh tapi satu hari kau dipecat kerana ada satu kesalahan, itu juga dipanggil takdir. Cuba kau bayangkan, satu hari kau sedang memandu kereta dengan cermat sekali tetapi tiba-tiba disebabkan kesalahan orang lain kau kemalangan, dan itu juga adalah takdir yang tak dapat dielakkan. Semua itu sudah ditetapkan olehNya. Jangan sesekali engkau hendak merubah takdir.


Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji-pun dalam kegelapan bumi, dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfudz)”
 (6 :59)
Petikan ayat yang diambil dari encik google. Berkenaan takdir yang telah ditetapkan. Bahawa kita ini adalah sebaik-baik ciptaan yang dicipta oleh Allah. Maka hargai setiap yang telah diaturkan Allah untuk kita.

Semoga para muslimin dan muslimat yang sedang menghadapi takdir Allah di negeri-negeri yang terlibat dengan banjir akan terus menjadi seorang yang tabah, sentiasa berdoa dan doa, dan menjaga keselamatan antara satu sama lain. Kami akan menghantar pertolongan dengan doa yang tak putus-putus. Insya Allah.



2.11 AM
26 Disember 2014


Tuesday, 23 December 2014

Bagaimana?



Bagaimana aku belajar menjadi tabah di balik kehancuran ?

Bagaimana aku belajar menjadi kesetiaan di balik kecurangan ?

Aku belajar semua ini daripada pemerhatian dan...
Aku juga turut merasainya sekali
Bahawa sakitnya penderitaan itu tiada berbelah bahagi.



Rindu :(



Taty

1.59 AM   24 Disember 2014