Posts

Showing posts from 2014

Itu Semua Ketentuan Takdir.

Takdir?

Sebuah percaturan yang telah Allah tetapkan untuk sesuatu peristiwa itu. Kau makan sekarang, itu takdir. Kau bercinta sekarang, itupun takdir. Kau sihat atau sakit sekarang, itu juga takdir. Kau bekerja dimana dan bagaimana juga itu takdir. Kau berkahwin tetapi tiba-tiba putus tengah jalan, itu juga takdir. Tiba-tiba selama ini kau selalu diberi anugerah kerana menjadi pekerja atau pelajar contoh tapi satu hari kau dipecat kerana ada satu kesalahan, itu juga dipanggil takdir. Cuba kau bayangkan, satu hari kau sedang memandu kereta dengan cermat sekali tetapi tiba-tiba disebabkan kesalahan orang lain kau kemalangan, dan itu juga adalah takdir yang tak dapat dielakkan. Semua itu sudah ditetapkan olehNya. Jangan sesekali engkau hendak merubah takdir.


Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan…

Bagaimana?

Image
Bagaimana aku belajar menjadi tabah di balik kehancuran ?

Bagaimana aku belajar menjadi kesetiaan di balik kecurangan ?

Aku belajar semua ini daripada pemerhatian dan...
Aku juga turut merasainya sekali
Bahawa sakitnya penderitaan itu tiada berbelah bahagi.



Rindu :(


Taty
1.59 AM   24 Disember 2014

Anak Sulong Saya...

Image
Assalammulaikum...

Makin sibuk makin terbantut masa nak menulis sesuatu di blog. Serta kekurangan idea untuk menulis sesuatu. Tetapi hari ini ada sesuatu yang di kongsikan. Bukan riak atau bangga diri tetapi sekadar hendak berkongsi bahawa saya sudah melangkah ke hadapan sedikit demi sedikit walaupun lambat.




Karya Terbit di Majalah Tunas Cipta keluaran bulan Disember...



Alhamdulillah. Syukur sangat pada Allah. Dengan izin Dia, karya saya tersiar di majalah. Ini yang dikatakan anak sulong saya. Pengkahiran tahun 2014 yang indah buat saya. Serta hadiah untuk ibu bapa saya yang tidak seberapa. Syukur kepada Illahi. Akan terus menulis dan menulis serta menulis kerana Allah, keluarga, agama dan masyarakat kini. 

Taty  2.09 a.m 5 Disember 2014

Cinta Itu Riwayat Hidup

Bagaimana cara kau belajar melepaskan
Sedangkan hati kau tidak rela
Semalam adalah satu hari yang hangat
Kau kembali menjejak rindu dalam syahdu
Menggulang puisi bersama rindu.

Sebuah perasaan yang aneh
Sehingga kau perap dan ia akhirnya menjadi debu
Akhirnya kelam, tiada cahaya walaupun sedikit cuma
Musnah...


Taty
12.21 am 27/11/2014

Setelah Sekian Lama

Usai menyudahkan beberapa kerja yang tergendala tadi. Aku membetulkan kedudukan di kerusi lalu mengambil telefon bimbit. Beberapa pesanan ringkas laju saja aku membalas kerana beberapa perkara penting yang dihantar oleh kawan-kawan dari teman sekuliah. Memberitahu bahawa jam berapa mahu menghantar PeTA kepada penyelaras.

"Taty, awak PeTA tahun ini. Percaya tak awak dah sejauh ini melangkah?". Tanya sahabat lamaku.

Aku mengelap airmata. Berbuat seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

"Ya, tahun ini Taty PeTA. Taty pun tak sangka Taty dah sejauh ini melangkah. Walaupun lambat langkahannya tapi Taty dah sampai kemuncaknya. Alhamdulillah". Aku menjawab lalu ke bilik air mahu membersihakan wajah dari airmata. Beberapa sahabat di dalam bilik, perasan perubahan pada wajahku.

"Apa awak rasa? Mesti tak sabar nak habiskan ?" Tanya dia lagi. Aku membiarkan sebentar telefon itu berbunyi. Aku mula menumpukan kerja yang mahu di hantar sebentar lagi. Bilik yang tadi bi…

Hujan Datang Lagi

Image
Dalam sibuk menguruskan kerja-kerja di semester terakhir ini aku semakin lupa untuk merehatkan diri. Lupa untuk memberi masa kepada otak untuk berehat sambil memandang pada alam. Alam yang tak pernah lupa dan menipu kepada kita.
Petang itu, hujan turun lagi. Aku memilih kata tiga sama ada mahu meredah atau sama ada menunggu hujan reda atau membuka payung itu. Lama nak menunggu untuk memilih satu kata itu. Lama-lama menung pun tiada memberi kesan kepada aku. 
Wanita dihujung itu masih terus berlari sambil memegang begnya dari dibasahi hujan senja itu. Pakcik tua itu baru sahaja keluar dari bangunan dan terus sahaja mengeluarkan payung dan berjalan malas menuju ke Perhentian Lrt Setiawangsa. Kanak-kanak kecil di kawasan perumahan itu berlari-lari sambil mendepakan tangan dan menikmati nikmat hujan itu dengan sepuas-puasnya. Aku? Masih menanti, dengan tiga jawapan yang tiada kesudahannya. Makcik disebelah aku setia menanti hujan tanpa ada rasa bersalah sama ada mahu meredah atau membuka…

Mengutip Kembali Cebisan Kenangan

Assalamualaikum !

Dah lama sangat tak update blog, maklumlah dah semester akhir kan jadi makin tak ada masa nak update blog. Walaupun hakikatnya banyak sangat yang nak dikongsi.

Petang tadi, selepas jumpa dengan penyelia pergi teman sahabat baik makan di kafe sebab dari tengahari dia belum menjamah nasi lansung. Kasihan ~. Sahabat yang baik mana boleh tengok sahabat dia tak makan kan. Lepas dah selesai bersembang dengan dia , tiba-tiba terlintas nak ajak sahabat baik ini ke Padang Merbok. Cuaca pun elok-elok saja, tak panas dan tak hujan. Mendung pun ada jugak tapi nak risau apa kami dah siap sedia dengan payung.

Sebenarnya dah lama nak ke sini cuma tak ada masa dan ketika. Sibuk sangat sampai terpaksa tengok dari tingkap hostel. Bila cakap nak pergi sana je, mesti ada yang cakap "kau nak buat apa? Kau tak takut duduk situ sorang-sorang? Ke kau nak tengok abang-abang main bola dan ragbi di sana?". Banyaknya persoalan timbul bila cakap nak pergi sana. So disebabkan takut pek…

Sungai Tongkang dan Kisahnya.

Image
Assalammualaikum.

Aswara sekarang sedang bercuti, jadi seminggu ini Aswara jadi sunyi. Ini kali pertama tak balik kampung sebab banyak sangat kerja jadi kena tangguhkan cuti dan duduk di hostel menghadap kerja yang takkan pernah habis. Kihkih.


Sabtu 22 Mac 2014

Nak bercerita, sabtu lalu aku ke Johor brsama Kak Farah. Sebabnya ke Johor adalah menghadiri majlis perkahwinan abang kepada kawan sebilik kami. Mulanya nak gerak hari ahad pagi tapi kekasih hati Nik ajak kami pergi sekali. Lalu, lepas maghrib kami gerak menuju ke selatan. Disebabkan semua kelaparan kami singgah makan di Asam Pedas Claypot dekat Kota Laksamana, si kekasih hati Nik nak rasa makanan Melaka jadi aku sebagai orang Melaka tunjuk di mana kedainya. Selepas menikmati makanan di situ sambil dihidangkan gelak tawa mencuti hati dan merah padam muka ini kami pun berangkat ke Johor. Dah kelewatan sebenarnya tapi kami redah saja. Sampai di hadapan rumah Nik, kami diberi kunci untuk menginap di Homestay berdekatan situ. Home…

Menjelajah Ke Dunia Baharu

Image
10 Mac 2014, 2.00 Petang

Tengahari itu, selepas sahaja menikmati makanan tengahari kami berdua bergerak ke Dataran Underground. Dalam perjalanan itu kami sibuk berborak sehingga terlupa jalan mahu ke sana. Borak sehingga lupa diri kata orang.

Dataran Underground , 3.00 Petang

Sampai sahaja kami terus meluaskan pandangan dan sekarang masa untuk mencari barang yang dihajati dari minggu lalu. Nik yang waktu itu hampir sahaja menggila tetap sempat ditahan oleh aku supaya tidak menggila lebih dari teruk. Barangan di sana tidak terlalu mahal dan tidak terlalu murah , sederhana sahaja. Hasilnya, aku membeli seutas rantai, sehelai selendang dan sehelai skrit labuh bercorak jalur menegak. Nik pula banyak juga yang dia habiskan tapi nampak wajah dia bahagia.

Masjid Jamek. 4.30 Petang

Selesai membeli barang keperluan di Guardian kami menunggu teksi di hadapan LRT Masjid Jamek dengan harapan teksi akan datang segera kerana kami sudah keletihan berjalan dari tadi. Sewaktu menunggu kedatangan teks…

BERTAHAN

Image
Dalam hidup kita Harus belajar untuk bertahan Belajar bertahan mencipta kenangan Sedangkan Kita sering lemah dalam menghadapi kenangan yang hebat

Bukan sahaja tentangan yang hebat Malah dalam keadaan kau jatuh kau juga perlu bertahan Itu bukti kau kuat lebih dari biasa.

"Dalam hujan juga kau bisa ketemu kekuatan tersendiri"
Padang Merbok, Kuala Lumpur. 6.40 senja semalam.




love xoxo nur 'izzatty binti muhiddin

Di hujung rasa yang indah.

Sedar tak sedar kami sudah sampai ke penghujungnya, penghujung semester, penghujung kisah belajar , penghujung memecah otak tetapi tidak ada penghujung persahabatan. Semester enam , semester yang akan membawa kita ke satu alam yang sangat asing. Projek akhir , projek akhir yang memerlukan ketahanan mental dan fizikal. Setiap yang belajar akan merasakan semester akhir adalah semester yang killer.

Aku merasakan di penghujung semester ini adalah penghujung yang indah. Bagaimana kami mula bersatu kembali dalam sedar tak sedar. Tipu , jika dalam tiga tahun pembelajaran bersama tiada yang kecil hati , tersentuh jiwa , terusik minda , kejauhan hati , merakam kenangan dan mengusik rindu di dalam doa. Bagi aku , aku adik kedua bongsu ini kerana Zahid paling bongsu dalam keluarga penulisan kami. Pasti aku merasakan aku paling manja dan paling banyak hal. Pasti ada yang terusik hati dengan perbuatan aku. Namun, jauh di sudut hati aku mengharap kemaafan dari kakak-kakak dan abang-abangku. Tering…