Di hujung rasa yang indah.
Sedar tak sedar kami sudah sampai ke penghujungnya, penghujung semester, penghujung kisah belajar , penghujung memecah otak tetapi tidak ada penghujung persahabatan. Semester enam , semester yang akan membawa kita ke satu alam yang sangat asing. Projek akhir , projek akhir yang memerlukan ketahanan mental dan fizikal. Setiap yang belajar akan merasakan semester akhir adalah semester yang killer.
Aku merasakan di penghujung semester ini adalah penghujung yang indah. Bagaimana kami mula bersatu kembali dalam sedar tak sedar. Tipu , jika dalam tiga tahun pembelajaran bersama tiada yang kecil hati , tersentuh jiwa , terusik minda , kejauhan hati , merakam kenangan dan mengusik rindu di dalam doa. Bagi aku , aku adik kedua bongsu ini kerana Zahid paling bongsu dalam keluarga penulisan kami. Pasti aku merasakan aku paling manja dan paling banyak hal. Pasti ada yang terusik hati dengan perbuatan aku. Namun, jauh di sudut hati aku mengharap kemaafan dari kakak-kakak dan abang-abangku. Teringat kembali bagaimana kita disatukan dalam kelas , bagaimana kita bersepakat untuk mengambil subjek elektif caklempong untuk subjek elektif walaupun masing-masing tiada asas bermain muzik namun tetap konfiden untuk bermain muzik , di mana kita boleh melepak di kafe kadang-kadang hampir dua jam berborak kosong dan kadangkala berborak ilmiah juga , bagaimana kita kena marah dengan pensyarah Wayang Kulit kerana selalu sangat masuk untuk permulaan lagu salah , bagaimana kita pergi makan di tebing sekelas , bagaimana kita merancang menyambut sambutan hari lahir 3 sahabat kita iaitu Faizul , Ayie dan Azli di Taman Tasik Perdana tanpa perancangan yang khusus namun alhamdulillah menjadi , bagaimana kita sekelas pergi mengikuti satu program Marathon Puisi ke kawasan utara selama beberapa hari kita menaiki bas ke Perlis, Penang , Perak dan akhir sekali Aswara , bagaimana kita membuat persembahan di Aswara untuk pertama kali dengan membaca puisi dan dilagukan kita sendiri , bagaimana sahabat-sahabat kita mempunyai hasil buku sendiri iaitu "Serak-Serak" sangat berbangga dengan hasil usaha kamu sekalian , bagaimana kita pergi ke Pangkor untuk mengikuti satu program dari situ kita mula mendekati antara satu sama lain , bagaimana kita menghadapi cabaran untuk seminar peta awal , bagaimana kita semua mengigighkan diri menyiapkan projek akhir masing-masing. Sekarang kita menanti untuk sesi viva iaitu Peta Akhir yang akan menajdikan kenangan paling terindah buat kita semua. Semoga kita semua mampu melakukan semuanya dengan baik. In sha Allah. Banyak lagi kenangan yang kita lalui , akan ku sambung mencoret untuk ke semua kenangan kita bersama .*In sha Allah , ada masa sambung mencoret.
Jauh di sudut hati yang kerdil ini , ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kenangan yang terindah pernah kita coretkan bersama , kita simpulkan persahabatan ini sampai syurga ya.
Love , Taty
Comments
Post a Comment