Posts

Showing posts from March 8, 2015

Semester Baru

Deru angin dari pantai menghangatkan tubuh pemuda itu
Berjalan selangkah demi selangkah seolah tiada penghujung
Mungkin baginya tiada penghujung pada setiap pertemuan
Selain perpisahan...

Kali ini dia hampir putus semangat
Seolah semangatnya terbuai-buai
Tiada pautan yang memungkin dia boleh berdiri sendiri
Selain usaha doa dan tawakal yang istiqamah.

Dia bangkit semula serta hadir ke kuliah..


Semester dua baru bermula. Aku sebenarnya masih dalam mood bercuti tapi kadang-kadang semangat baik itu muncul lalu, aku segera pergi mencapai buku dan membaca. Kata Cik Wan, mesti membaca walaupun hanya majalah, surat khabar dan bahan-bahan bacaan yang lain. Kadang dalam pembacaan yang santai itu sebenarnya ada ilmu yang satu hari nanti kita akan guna. Jadi, aku nak beritahu sebenarnya cuti semester lepas aku tak habis baca buku waimah sebuah. Entahlah, apa yang aku buat pun aku tak tahu. Tapi, Alhamdulillah ada jugalah aku menulis serba sedikit. Janji kepala otak ni aku tak biarkan berkarat k…