Posts

Showing posts from February 16, 2014

Di hujung rasa yang indah.

Sedar tak sedar kami sudah sampai ke penghujungnya, penghujung semester, penghujung kisah belajar , penghujung memecah otak tetapi tidak ada penghujung persahabatan. Semester enam , semester yang akan membawa kita ke satu alam yang sangat asing. Projek akhir , projek akhir yang memerlukan ketahanan mental dan fizikal. Setiap yang belajar akan merasakan semester akhir adalah semester yang killer. Aku merasakan di penghujung semester ini adalah penghujung yang indah. Bagaimana kami mula bersatu kembali dalam sedar tak sedar. Tipu , jika dalam tiga tahun pembelajaran bersama tiada yang kecil hati , tersentuh jiwa , terusik minda , kejauhan hati , merakam kenangan dan mengusik rindu di dalam doa. Bagi aku , aku adik kedua bongsu ini kerana Zahid paling bongsu dalam keluarga penulisan kami. Pasti aku merasakan aku paling manja dan paling banyak hal. Pasti ada yang terusik hati dengan perbuatan aku. Namun, jauh di sudut hati aku mengharap kemaafan dari kakak-kakak dan abang-abangku. Ter