Posts

Showing posts from December 21, 2014

Itu Semua Ketentuan Takdir.

Takdir? Sebuah percaturan yang telah Allah tetapkan untuk sesuatu peristiwa itu. Kau makan sekarang, itu takdir. Kau bercinta sekarang, itupun takdir. Kau sihat atau sakit sekarang, itu juga takdir. Kau bekerja dimana dan bagaimana juga itu takdir. Kau berkahwin tetapi tiba-tiba putus tengah jalan, itu juga takdir. Tiba-tiba selama ini kau selalu diberi anugerah kerana menjadi pekerja atau pelajar contoh tapi satu hari kau dipecat kerana ada satu kesalahan, itu juga dipanggil takdir. Cuba kau bayangkan, satu hari kau sedang memandu kereta dengan cermat sekali tetapi tiba-tiba disebabkan kesalahan orang lain kau kemalangan, dan itu juga adalah takdir yang tak dapat dielakkan. Semua itu sudah ditetapkan olehNya. Jangan sesekali engkau hendak merubah takdir. Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula),

Bagaimana?

Image
Bagaimana aku belajar menjadi tabah di balik kehancuran ? Bagaimana aku belajar menjadi kesetiaan di balik kecurangan ? Aku belajar semua ini daripada pemerhatian dan... Aku juga turut merasainya sekali Bahawa sakitnya penderitaan itu tiada berbelah bahagi. Rindu :( Taty 1.59 AM   24 Disember 2014