Walaupun Bukan Mudah
Semenjak dua menjak ini aku dihantui kembali kenangan lalu. Kawan-kawan masa diploma, memang menipulah kalau aku dah hilang rindu pada mereka. Aku ingat lagi bila kalau lalu bawah lorong nak ke Kedai Makan Pak, mereka akan sedaya upaya mengacau aku sampaikan aku pernah menjerit dan butang tudung tercabut. Punyalah kuat aku menjerit sampai boleh tercabut, tapi lepas itu pandailah abang long aku pergi beli yang baru. Itu baru sebahagian. Banyak lagi kisah yang aku nak coretkan tapi aku takut masa aku tulis nanti, aku nangis. Ada pernah sekali kami sekelas keluar pergi Masjid Jamek semata nak teman aku berjalan-jalan. Habis kelas semua terus hilang. Itu antara kenangan yang paling aku ingat sampai sekarang. Lepas habis PeTA semua dah sibuk dengan tujuan hidup masing-masing. Ada yang nak sambung belajar, ada yang memilih untuk berkahwin, ada yang memilih untuk berniaga, memilih untuk bekerja di negeri kelahirannya, ada yang mahu bekerja sementara dan ada juga yang mahu melansungkan perkah