3 Perempuan Pencari Tuhan
Petang yang damai kelmarin, dua sahabat dalam perjalanan Ustaz kesayangan mereka. Dari hari isnin sehingga ke hari jumaat semangat mereka berkobar-kobar. Tidak sekobar mereka bertemu orang lain. Aku yakin mereka sudah jatuh dengan curahan ilmu yang diberikan oleh Ustaz terbabit. Aku juga terkesan ketika pertama kali mendengar ilmu-ilmu yang diberikan Ustaz itu. Namun, minggu ini aku ada hal yang tidak boleh dielakkan maka aku tidak dapat menghadirkan diri ke majlis ilmu yang penuh barakah ini. Tidak mengapa, Insya Allah minggu hadapan pergi. Sekembalinya mereka dari masjid itu, pagi itu kami berjanji untuk berjumpa di KL Sentral untuk menikmati makan tengahari. Sudah lama tidak makan bertiga, selalunya berdua dan kadangkala dia sendirian. Hari ini masing-masing berjanji hendak berjubah hitam mencari tempat-tempat menuju jalan Allah. berpegangan tangan persis anak kecil yang mendakap tangan ayahanda bonda. Ohh, aku rindu Puan Azizah dan Encik Muhiddin. Sungguh rindu ini satu hembus