Posts

Showing posts from July 28, 2013

Berhenti Berharap 3.

Assalamualaikum... "Hannah, dia ke sana mengejar ilmu dan mengejar cita-cita dia. Dan kau patut mendoakan kejayaan dia bukannya menangis sebegini" Pesanan Sofea berulang kali bermain di mindanya. Puas dia cuba untuk hilangkan kedukaan itu tapi masih perit. Ketika usai kami menuju ke jalan rumah masing-masing tadi, aku memalingkan muka dan wajah kami bersatu. Terpancar kegembiraan terlukis di wajah tampannya itu. Anak lelaki Pak Akob ni memang kacak sekacak ayahnya waktu bujang sehingga berebut-rebut wanita dalam kampung ini menginginkan Pak Akob. Sekarang, wajah tampan itu diwarisi Arjuna. Aku tahu Laila anak imam satu surau ini juga tergila-gilakan Arjuna dan pernah bergaduh denganku hanya kerana kami pulang sekolah bersama, sejujurnya kami berbincang mengenai pelajaran yang tidak fahami itu dan aku bukan berdua tetapi ada menemani kami. Lamunanku terhenti. "Hannah, mari turun makan. Ummi dah siap sediakan makanan ni" Lembut tutur suara Ummi mengejutkan aku d