Berhenti Berharap 3.

Assalamualaikum...

"Hannah, dia ke sana mengejar ilmu dan mengejar cita-cita dia. Dan kau patut mendoakan kejayaan dia bukannya menangis sebegini" Pesanan Sofea berulang kali bermain di mindanya. Puas dia cuba untuk hilangkan kedukaan itu tapi masih perit.

Ketika usai kami menuju ke jalan rumah masing-masing tadi, aku memalingkan muka dan wajah kami bersatu. Terpancar kegembiraan terlukis di wajah tampannya itu. Anak lelaki Pak Akob ni memang kacak sekacak ayahnya waktu bujang sehingga berebut-rebut wanita dalam kampung ini menginginkan Pak Akob. Sekarang, wajah tampan itu diwarisi Arjuna. Aku tahu Laila anak imam satu surau ini juga tergila-gilakan Arjuna dan pernah bergaduh denganku hanya kerana kami pulang sekolah bersama, sejujurnya kami berbincang mengenai pelajaran yang tidak fahami itu dan aku bukan berdua tetapi ada menemani kami. Lamunanku terhenti.

"Hannah, mari turun makan. Ummi dah siap sediakan makanan ni" Lembut tutur suara Ummi mengejutkan aku dari renungan panjang itu.

Di meja makan suasana bungkam, manakan tidak Arjuna anak angkat keluarga mereka sudah mahu terbang ke bumi Kaherah.

"Esok ada kenduri di rumah Arjuna, Hannah nak ikut? Tadi Ummi Khaltum jemput Hannah sekali ke majlis tu. Kita pergi ya Hannah"

Aku memaniskan muka dan menggangguk perlahan. Tidak Ummi mengerti apa akan jadi denganku selepas ini?

Selesai menolong Ummi di dapur, aku terus naik ke bilik dan mengeluarkan sebuah kotak yang berisi surat-surat antara aku dan Arjuna ketika kami di sekolah tingkatan lagi dan tukang posmen siapa lagi kalau bukan Sofea.

Sehelai surat berwarna biru iaitu warna kesukaan Arjuna ku buka dengan kemas agar bau bedak johnson baby kesukaanku tidak hilang.

Bersambung....

Love xoxo
Nur 'izzatty














Comments

Popular posts from this blog

Sesudah Gerimis.

Keluarga Muhiddin dan Azizah