Posts

Showing posts from December 29, 2013

Sesudah Gerimis.

Image
Perjalanan yang mengambil masa selama tiga jam itu membangkitkan aku dalam kehairanan. Di mana pula tempat yang dibawa oleh sahabatku ini. Aku tersedar lalu melihat jam sudah menunjukkan ke angka 6 pagi. Mari subuh dahulu. Ku lihat ada kiriman pesanan ringkas dari ibuku, mengejut bangun subuh seperti selalu. Ibu tak pernah jemu mengejutkan aku dari alam lena. Sesudah mengangkat wudhuk, aku pun terus membentang sejadah berwarna ungu pemberian dari ayah dan ibu yang dibeli di Makkah. Sungguh cantik dan halus pembuatannya, makin tertarik ia boleh digunakan dua-dua belah. Alhamdulillah, selesai sahaja bermunajat pada Allah S.W.T aku melipatkan kembali sejadah dan telekung. Aku menghampiri jendela, lalu ku buka kan jendela agar udara pagi masuk ke segenap kamar. Selang beberapa minit aku merasakan ada titisan hujan jatuh di pergelangan tangan. Di dalam hatiku, Allah tak pernah menghampakan aku untuk merasai nikmat hujan di pagi hari. Rakan-rakanku masih lena dibuai mimpi. Aku pula kem