Sesudah Gerimis.


Perjalanan yang mengambil masa selama tiga jam itu membangkitkan aku dalam kehairanan. Di mana pula tempat yang dibawa oleh sahabatku ini. Aku tersedar lalu melihat jam sudah menunjukkan ke angka 6 pagi.
Mari subuh dahulu. Ku lihat ada kiriman pesanan ringkas dari ibuku, mengejut bangun subuh seperti selalu. Ibu tak pernah jemu mengejutkan aku dari alam lena.

Sesudah mengangkat wudhuk, aku pun terus membentang sejadah berwarna ungu pemberian dari ayah dan ibu yang dibeli di Makkah. Sungguh cantik dan halus pembuatannya, makin tertarik ia boleh digunakan dua-dua belah. Alhamdulillah, selesai sahaja bermunajat pada Allah S.W.T aku melipatkan kembali sejadah dan telekung.

Aku menghampiri jendela, lalu ku buka kan jendela agar udara pagi masuk ke segenap kamar. Selang beberapa minit aku merasakan ada titisan hujan jatuh di pergelangan tangan. Di dalam hatiku, Allah tak pernah menghampakan aku untuk merasai nikmat hujan di pagi hari. Rakan-rakanku masih lena dibuai mimpi. Aku pula kembali menghadap komputer riba kerana berbaki 2 kerja khusus yang belum siap dengan sempurna. Apabila melihat jendela dibuka dengan seluasnya teringat pula pesanan ibu "Adik bangun pagi tu, buka tingkap terus jangan dibiarkan tingkap ditutup nanti rezeki tak masuk". Aku masih ingat kata-kata itu.

Kelas pada hari ini tepat 10 pagi, jadi sebelum pukul aku dan sahabat baikku akan pergi bersarapan di kafe. Kata sahabat baikku "Kita kena makan supaya dalam kelas nanti kita akan bersemangat" Mengikut pandangan aku, walaupun dia tak makan sarapan tetapi dia tetap bersemangat dan cergas. Itulah sahabat baikku. Ketika melangkah ke kelas, aku melihat hujan pagi tadi meninggalkan gerimis dihatiku. Allah, apakah dugaan yang akan Engkau berikan pada ku? Mohon Engkau hadirkan juga kekuatan untukku hadapi dengan tenang.

Perjalanan seharian elok, dari pagi sehingga ke tengah malam. Pesan ibu sebelum kami tidur "Sebelum tidur, maafkan semua orang di sekeliling adik. Jangan simpan di dalam hati, anggap itu kesalahan yang tak dia sedari. Jaga persahabatan dengan sahabat baik-baiknya". Menusuk ke kalbu ayat ibu yang terakhir tu, ibu tahu apa yang aku alami sekarang. Tak berat tetapi membunuh jiwa





love xoxo
Nur 'Izzatty






















Comments

Popular posts from this blog

Keluarga Muhiddin dan Azizah