Itu Semua Ketentuan Takdir.

Takdir?

Sebuah percaturan yang telah Allah tetapkan untuk sesuatu peristiwa itu. Kau makan sekarang, itu takdir. Kau bercinta sekarang, itupun takdir. Kau sihat atau sakit sekarang, itu juga takdir. Kau bekerja dimana dan bagaimana juga itu takdir. Kau berkahwin tetapi tiba-tiba putus tengah jalan, itu juga takdir. Tiba-tiba selama ini kau selalu diberi anugerah kerana menjadi pekerja atau pelajar contoh tapi satu hari kau dipecat kerana ada satu kesalahan, itu juga dipanggil takdir. Cuba kau bayangkan, satu hari kau sedang memandu kereta dengan cermat sekali tetapi tiba-tiba disebabkan kesalahan orang lain kau kemalangan, dan itu juga adalah takdir yang tak dapat dielakkan. Semua itu sudah ditetapkan olehNya. Jangan sesekali engkau hendak merubah takdir.


Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji-pun dalam kegelapan bumi, dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfudz)”
 (6 :59)
Petikan ayat yang diambil dari encik google. Berkenaan takdir yang telah ditetapkan. Bahawa kita ini adalah sebaik-baik ciptaan yang dicipta oleh Allah. Maka hargai setiap yang telah diaturkan Allah untuk kita.

Semoga para muslimin dan muslimat yang sedang menghadapi takdir Allah di negeri-negeri yang terlibat dengan banjir akan terus menjadi seorang yang tabah, sentiasa berdoa dan doa, dan menjaga keselamatan antara satu sama lain. Kami akan menghantar pertolongan dengan doa yang tak putus-putus. Insya Allah.



2.11 AM
26 Disember 2014


Comments

Popular posts from this blog

Sesudah Gerimis.

Keluarga Muhiddin dan Azizah