Sungai Tongkang dan Kisahnya.
Assalammualaikum. Aswara sekarang sedang bercuti, jadi seminggu ini Aswara jadi sunyi. Ini kali pertama tak balik kampung sebab banyak sangat kerja jadi kena tangguhkan cuti dan duduk di hostel menghadap kerja yang takkan pernah habis. Kihkih. Sabtu 22 Mac 2014 Nak bercerita, sabtu lalu aku ke Johor brsama Kak Farah. Sebabnya ke Johor adalah menghadiri majlis perkahwinan abang kepada kawan sebilik kami. Mulanya nak gerak hari ahad pagi tapi kekasih hati Nik ajak kami pergi sekali. Lalu, lepas maghrib kami gerak menuju ke selatan. Disebabkan semua kelaparan kami singgah makan di Asam Pedas Claypot dekat Kota Laksamana, si kekasih hati Nik nak rasa makanan Melaka jadi aku sebagai orang Melaka tunjuk di mana kedainya. Selepas menikmati makanan di situ sambil dihidangkan gelak tawa mencuti hati dan merah padam muka ini kami pun berangkat ke Johor. Dah kelewatan sebenarnya tapi kami redah saja. Sampai di hadapan rumah Nik, kami diberi kunci untuk menginap di Homestay berdekatan situ