Posts

Showing posts from September 9, 2012

REMUK

Image
BIARLAH KISAH INI TERHENTI DI SINI..
Seperti pepatah melayu "Yang pergi tetap akan pergi" Sehingga kini aku memegang prinsip itu dan berharap dia juga begitu.

Dia sudah berubah..

Berubah dengan tahap yang drastik, aku masih memikirkan apa yang membuat dia jadi begitu. Adakah salahku? Adakah masa yang merubah segalanya? Atau dia memang ingin berubah?

Persoalan ini masih belum terjawab sehingga kini. Persoalan yang kami tertanya-tanya sehingga kadangkala menimbulkan fitnah. Sampai bila persoalan ini akan terjawab? Siapakah yang memulakan jawapan? Dia atau aku?



Ya, kau memang hebat. Hebat dalam berkata, hebat dalam pergaulan, hebat dalam harta benda, hebat dalam paras rupa. Tetapi apa yang kau dapat jika kau berpaksi semua itu, ia tidak memberi apa-apa keuntungan, kemewahan kepada kau.

Berhentilah dari membuat janji dan tidak mungkin kau tepati. Ingat !



Ku Tunggu Mu Di Sana

Image
"TILL JANNAH" Kehidupan ini mengajar aku apa itu kemanisan bersabar. Kemanisan dalam kehidupan ? Kemanisan dalam persahabatan ? Kemanisan dalam kekeluargaan ? Atau kemanisan dalam bercinta ? Masih belum jumpa makna-makna disebalik semua itu. Mungkin belum tiba masanya.
Malam itu, 
"Saya tunggu awak di sana" Kemas dan jujur ayat itu diontarkan
"Kalau saya yang pergi dahulu?"
"Kita janji didunia, kita tunai di akhirat" Lelaki berkopiah berjubah hitam manis menuturkan kata-kata.
"InsyaAllah" Mereka berlalu meninggalkan bangku dan gugurlah bunga-bunga seperti merahmati juga kepergiaan mereka.

Sayang, kasih kita ibarat putus ditengah jalan, terhenti di laluan panjang, terjaga dari lena dan ibarat laut tenang disambar ombak yang tidak bertepian. Susah untuk digambarkan betapa hati ini berat untuk melepaskan dan dilepakan. Saya terpaksa dalam keadaan yang memaksa. Maafkan lah.

"Masih belum terlambat lagi untuk saya mengucapkan selamat tingg…