Ku Tunggu Mu Di Sana

"TILL JANNAH"

Kehidupan ini mengajar aku apa itu kemanisan bersabar. Kemanisan dalam kehidupan ? Kemanisan dalam persahabatan ? Kemanisan dalam kekeluargaan ? Atau kemanisan dalam bercinta ? Masih belum jumpa makna-makna disebalik semua itu. Mungkin belum tiba masanya.

Malam itu, 

"Saya tunggu awak di sana" Kemas dan jujur ayat itu diontarkan

"Kalau saya yang pergi dahulu?"

"Kita janji didunia, kita tunai di akhirat" Lelaki berkopiah berjubah hitam manis menuturkan kata-kata.

"InsyaAllah" Mereka berlalu meninggalkan bangku dan gugurlah bunga-bunga seperti merahmati juga kepergiaan mereka.

Sayang, kasih kita ibarat putus ditengah jalan, terhenti di laluan panjang, terjaga dari lena dan ibarat laut tenang disambar ombak yang tidak bertepian. Susah untuk digambarkan betapa hati ini berat untuk melepaskan dan dilepakan. Saya terpaksa dalam keadaan yang memaksa. Maafkan lah.

"Masih belum terlambat lagi untuk saya mengucapkan selamat tinggal kepada awak" Tutur wanita itu.
  
"Mungkin kita akan ditemukan di akhirat sana. Saya tunggu awak, itu janji saya"

"InsyaAllah kalau ada jodoh yang Allah tetapkan untuk kita" Laluan yang mereka lalu kali ini berbeza, sangat berbeza. Sehingga menimbulkan persoalan kepada dedaun kering, rerumput kebasahan.

Keputusan kali ini tekad dan tiada siapa boleh merubahnya. Sesungguhnya apa yang Allah berikan adalah yang terbaik diantara terbaik. Lagipun janji mereka masih sama.

"Allah itu maha perancang yang terbaik"







           




Popular posts from this blog

Selamat Hari Lahir Taty =)