Semester Baru
Deru angin dari pantai menghangatkan tubuh pemuda itu
Berjalan selangkah demi selangkah seolah tiada penghujung
Mungkin baginya tiada penghujung pada setiap pertemuan
Selain perpisahan...
Kali ini dia hampir putus semangat
Seolah semangatnya terbuai-buai
Tiada pautan yang memungkin dia boleh berdiri sendiri
Selain usaha doa dan tawakal yang istiqamah.
Dia bangkit semula serta hadir ke kuliah..
Semester dua baru bermula. Aku sebenarnya masih dalam mood bercuti tapi kadang-kadang semangat baik itu muncul lalu, aku segera pergi mencapai buku dan membaca. Kata Cik Wan, mesti membaca walaupun hanya majalah, surat khabar dan bahan-bahan bacaan yang lain. Kadang dalam pembacaan yang santai itu sebenarnya ada ilmu yang satu hari nanti kita akan guna. Jadi, aku nak beritahu sebenarnya cuti semester lepas aku tak habis baca buku waimah sebuah. Entahlah, apa yang aku buat pun aku tak tahu. Tapi, Alhamdulillah ada jugalah aku menulis serba sedikit. Janji kepala otak ni aku tak biarkan berkarat kalau tidak payah jugak aku nak mula menulis balik. Tulis puisi, tulis cerpen dan tulis diari. Ehhh, mestilah ada tulis diari. Haaa nak dijadikan cerita, abang aku ada satu idea yang bagi aku sepatutnya dah lama kitaorang buat tapi masa tu takda idea, macam mana nak buat. Dia rancang kitaorang buat zine adik-beradik. Sweet jugak abang aku ni sebab ada minat yang sama dengan aku. Sebenarnya, dia memang dah lama menulis tapi cara dia belajar lain dengan aku. Abang aku belajar journlism kat uitm, Tapi, aku tak pernah tanya cara pembelajaran da macam mana. Jadi, kami berusaha dengan gigih menulis siang malam sampai aku rasa tengah buat assgment dan minggu depan nak hantar dengan pensyarah. Sedangkan cuma tunjuk dengan abang dan buat lagi dan sampai dia puas hati dengan idea aku. Ya, bagi aku itu satu bahaya. Sebab abang ni punya garang pun boleh tahan. Faham tak dia garang? Okay, kitaorang berkongsi idea dan pendapat sehingga dia yakin idea aku kuat dan boleh ke hadapan dia akan kata yes dan aku baru boleh teruskan yang lain. Kalau tak jangan harap, dia tak akan benarkan. Lagi-lagi pada puisi. Dia sangat suka tulis puisi sampai kadang-kadang aku pun tak berapa faham. Akhirnya kami dah berhempas-pulas sehingga ada sekali tu ayah tanya "awak ada assgment ke dik musim cuti ni? Siang malam ayah tengok kamu menghadap laptop." Ayah awak sangat funny. Lepas diberitahu niat suci kami adik-beradik barulah ayah faham. Selepas itu, ayah sering teman aku dan kadang-kadang ayah datang bawa secawan milo dan biskut. Untung ibu dapat suami seromantik ayah, ayah berusaha nak mengembirakan aku lagi-lagi dalam apa yang aku suka. Sekarang kami sedang sibuk mengedit apa yang kurang. Alhamdulillah.
NUR 'IZZATTY
love xoxo
Comments
Post a Comment