Sungai Tongkang dan Kisahnya.
Assalammualaikum.
Aswara sekarang sedang bercuti, jadi seminggu ini Aswara jadi sunyi. Ini kali pertama tak balik kampung sebab banyak sangat kerja jadi kena tangguhkan cuti dan duduk di hostel menghadap kerja yang takkan pernah habis. Kihkih.
Sabtu 22 Mac 2014
Nak bercerita, sabtu lalu aku ke Johor brsama Kak Farah. Sebabnya ke Johor adalah menghadiri majlis perkahwinan abang kepada kawan sebilik kami. Mulanya nak gerak hari ahad pagi tapi kekasih hati Nik ajak kami pergi sekali. Lalu, lepas maghrib kami gerak menuju ke selatan. Disebabkan semua kelaparan kami singgah makan di Asam Pedas Claypot dekat Kota Laksamana, si kekasih hati Nik nak rasa makanan Melaka jadi aku sebagai orang Melaka tunjuk di mana kedainya. Selepas menikmati makanan di situ sambil dihidangkan gelak tawa mencuti hati dan merah padam muka ini kami pun berangkat ke Johor. Dah kelewatan sebenarnya tapi kami redah saja. Sampai di hadapan rumah Nik, kami diberi kunci untuk menginap di Homestay berdekatan situ. Homestay yang mempunyai dua bilik dan kawasan rumah yang besar itu sangat selesa. Malam itu bertemankan lampu neon, selamat tidur.
AHAD 23 MAC 2014 (PAGI)
Kami terus sahaja ke rumah Nik dan bersiap-siap mahu menolong apa yang patut. Alhamdulillah, keluarganya menerima kami seadanya. Kerja pertama kami adalah mengupas bawang, memilih taugeh yang elok, membuat kuetiow laksam, menyusun atur atas meja dan memasukkan kerepek di dalam bekas. Seronok, dapat bergaul dengan mereka semua. Beruntung kami dapat mengenali keluarga ini. Tengahari itu kami selepas menikmati makanan tengahari, aku berehat sebentar kerana mengalami sakit pinggang yang teruk. Selepas pulih sedikit sakitnya itu aku menyambung pekerjaan itu.
(MALAM)
Jam 8 malam kami sudah siap. Aku mengenakan baju punjabi berwarna merah hati dan Kak Farah pula mengenakan baju kurung moden berwarna biru terang. Kami mula sibuk mengambil gambar dan sibuk melayan tetamu tetapi selebihnya kami bergambar bersama. Tidak lupa, adegan usik-mengusik antara satu sama lain. Aku gelak sahaja apabila diusik, memang dah biasa sangat apabila diusik dengan teman-teman ini.
Selepas semua tetamu balik kami sibuk menolong mengemas mana yang patut, supaya cepat untuk pulang ke Kuala Lumpur nanti. Tetapi, lain pula jadinya apabila jam hampir ke dua pagi. Nik paksa tidur dan esok pagi lepas subuh sambung perjalanan, kami ikut sahaja. Alhamdulillah, berpeluang untuk tidur dirumah Nik. Rumah kampung memang sejuk bila malam, menggigil kami esok pagi itu. Jam 7 pagi kami sudah bersiap untuk pulang ke Kuala Lumpur. Sebelum itu singgah makan di Kedai Kak Leha dan terus meluncur laju pulang. Alhamdulillah jam 11 pagi kami selamat sampai di Aswara. Nasib baik kami sudah cuti semester kalau tidak haru juga dibuatnya. Sejujurnya, perngalaman ini sangat bermakna. Rasa tak nak balik pun ada sebab terlalu rindu akan suasana kampung.
Ini rombongan dari Kuala Lumpur.
Bersama ahli keluarga yang buat kami rasa selesa bersama. Terima kasih semua.
love, xoxo
Nur 'izzatty Muhiddin
Comments
Post a Comment