Anak Sulong Saya...

Assalammulaikum...

Makin sibuk makin terbantut masa nak menulis sesuatu di blog. Serta kekurangan idea untuk menulis sesuatu. Tetapi hari ini ada sesuatu yang di kongsikan. Bukan riak atau bangga diri tetapi sekadar hendak berkongsi bahawa saya sudah melangkah ke hadapan sedikit demi sedikit walaupun lambat.




Karya Terbit di Majalah Tunas Cipta keluaran bulan Disember...




Alhamdulillah. Syukur sangat pada Allah. Dengan izin Dia, karya saya tersiar di majalah. Ini yang dikatakan anak sulong saya. Pengkahiran tahun 2014 yang indah buat saya. Serta hadiah untuk ibu bapa saya yang tidak seberapa. Syukur kepada Illahi. Akan terus menulis dan menulis serta menulis kerana Allah, keluarga, agama dan masyarakat kini. 


Taty 
2.09 a.m
5 Disember 2014

Comments

Popular posts from this blog

Sesudah Gerimis.

Keluarga Muhiddin dan Azizah