Setelah Sekian Lama
Usai menyudahkan beberapa kerja yang tergendala tadi. Aku membetulkan kedudukan di kerusi lalu mengambil telefon bimbit. Beberapa pesanan ringkas laju saja aku membalas kerana beberapa perkara penting yang dihantar oleh kawan-kawan dari teman sekuliah. Memberitahu bahawa jam berapa mahu menghantar PeTA kepada penyelaras.
"Taty, awak PeTA tahun ini. Percaya tak awak dah sejauh ini melangkah?". Tanya sahabat lamaku.
Aku mengelap airmata. Berbuat seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.
"Ya, tahun ini Taty PeTA. Taty pun tak sangka Taty dah sejauh ini melangkah. Walaupun lambat langkahannya tapi Taty dah sampai kemuncaknya. Alhamdulillah". Aku menjawab lalu ke bilik air mahu membersihakan wajah dari airmata. Beberapa sahabat di dalam bilik, perasan perubahan pada wajahku.
"Apa awak rasa? Mesti tak sabar nak habiskan ?" Tanya dia lagi. Aku membiarkan sebentar telefon itu berbunyi. Aku mula menumpukan kerja yang mahu di hantar sebentar lagi. Bilik yang tadi bising kini suram. Mungkin mereka semua sedang memahami apa yang aku rasa.
"Pertahankan karya awak, itu hasil usaha awak selama beberapa bulan sahaja. Awak patut berbangga dengan hasil yang telah awak lakukan ini Taty. Yakin pada diri dan paling penting jangan lupa doa dan restu dari ibu ayah". Tutur wanita yang dipanggil kakak itu.
"Kakak, walaupun kita dah lama tidak bersua dan bertanya khabar namun aku tahu doamu untuk aku sentiasa ada dan kasih sayang kamu sentiasa mekar di hati ini. Terima kasih atas doa dan ucapan itu". Aku membalas dan terus membungkam muka ke bantal. Aku tahu sahabat-sahabat di dalam bilik perasan akan perubahan itu.
"Ya Izzatty, awak dah sampai ke penghujungnya. Sekarang masa untuk awak tunjuk dan buktikan pada semua orang".
Love, Taty
Comments
Post a Comment