Menjelajah Ke Dunia Baharu


10 Mac 2014, 2.00 Petang

Tengahari itu, selepas sahaja menikmati makanan tengahari kami berdua bergerak ke Dataran Underground. Dalam perjalanan itu kami sibuk berborak sehingga terlupa jalan mahu ke sana. Borak sehingga lupa diri kata orang.

Dataran Underground , 3.00 Petang

Sampai sahaja kami terus meluaskan pandangan dan sekarang masa untuk mencari barang yang dihajati dari minggu lalu. Nik yang waktu itu hampir sahaja menggila tetap sempat ditahan oleh aku supaya tidak menggila lebih dari teruk. Barangan di sana tidak terlalu mahal dan tidak terlalu murah , sederhana sahaja. Hasilnya, aku membeli seutas rantai, sehelai selendang dan sehelai skrit labuh bercorak jalur menegak. Nik pula banyak juga yang dia habiskan tapi nampak wajah dia bahagia.

Masjid Jamek. 4.30 Petang

Selesai membeli barang keperluan di Guardian kami menunggu teksi di hadapan LRT Masjid Jamek dengan harapan teksi akan datang segera kerana kami sudah keletihan berjalan dari tadi. Sewaktu menunggu kedatangan teksi, kelihatan seseorang sedang menaiki motor skuter dan memakai baju warna biru berjalan di hadapan kami. Kata Nik, itulah kesayangan awak. Alah, lupakan saja.

Aswara 5.00 Petang

Sampai sahaja di bilik terus sahaja rehat dan hampir sahaja tertidur. Bangun dan meneruskan kerja.


Love, xoxo
Nur 'Izzatty binti Muhddin





Comments

Popular posts from this blog

Sesudah Gerimis.

Keluarga Muhiddin dan Azizah