Mengutip Kembali Cebisan Kenangan
Assalamualaikum !
Dah lama sangat tak update blog, maklumlah dah semester akhir kan jadi makin tak ada masa nak update blog. Walaupun hakikatnya banyak sangat yang nak dikongsi.
Petang tadi, selepas jumpa dengan penyelia pergi teman sahabat baik makan di kafe sebab dari tengahari dia belum menjamah nasi lansung. Kasihan ~. Sahabat yang baik mana boleh tengok sahabat dia tak makan kan. Lepas dah selesai bersembang dengan dia , tiba-tiba terlintas nak ajak sahabat baik ini ke Padang Merbok. Cuaca pun elok-elok saja, tak panas dan tak hujan. Mendung pun ada jugak tapi nak risau apa kami dah siap sedia dengan payung.
Sebenarnya dah lama nak ke sini cuma tak ada masa dan ketika. Sibuk sangat sampai terpaksa tengok dari tingkap hostel. Bila cakap nak pergi sana je, mesti ada yang cakap "kau nak buat apa? Kau tak takut duduk situ sorang-sorang? Ke kau nak tengok abang-abang main bola dan ragbi di sana?". Banyaknya persoalan timbul bila cakap nak pergi sana. So disebabkan takut pekara-pekara sedemikian terjadi gua bawak sekali bodyguard merangkap sahabat baik gua. Hihihi. Sampai sana sibuk cari tempat bersih padahal dah sah-sah dekat situ kotor. Tapi nasib baik dapat tempat yang selesa dan bersih. Macam-macam rancangan lepas belajar nak buat, salah satunya nak pergi bercuti dengan semua rakan sekelas. Insya Allah kalau diusahakan mesti menjadi punyalah.
Si sahabat ni pun sibuk bercerita zaman dekat UTM , zaman sekolah rendah dan gua pun sibuk bercerita mengenai "crush" dekat sekolah. Gelak punya gelak, cerita punya cerita sampai kami tak sedar hujan turun sedikit demi sedikit. Kami biarkan sahaja sebab seronok duduk situ sebab boleh nampak Aswara sambil ingat semula apa yang dah kami semua lalui. Perit tapi bermakna. Lama hujan turun baru terasa hujan makin lebat dan kami pun ambil kata putus nak balik sebab takut pulak hujan makin lebat nanti tak sempat sampai Aswara dah kuyup. Walaupun aku pernah berkata "Jika hujan membasahi kita, adakah sanggup mahu meredainya bersama aku?" jawapan dia "Sanggup, jika bersama dengan kamu buat aku menjadi diri aku sendiri".
Bila ingat kembali, semua kenangan kitaorang dah rasa. Satu persatu tapi alhamdulillah dia tak pernah tinggalkan aku. Dalam hati pun berkata "Aku tak pernah salah pilih sahabat".
Selamat Malam. Assalamualaikum.
Love, xoxo
Nur 'Izzatty
Comments
Post a Comment