... Berhenti Berharap 2
Assalammualaikum...
Aku pulang dengan seribu kekecewaan bahawa kami akan berpisah.
"Hannah, kau kena kuat. Pergi dia ke sana bukan utnuk suka-suka tetpai untuk kesejahteraan kau bersama dan kau perlu ingat kau belum sah jadi milik dia. Kau hanya kawan pemberi semangat kepada dia sahaja. Kau bukan sesiapa di sisi dia" Tegur Sofea sambil memegang tangan ku.
"Aku bahagia dan aku gembir mendengar perkhabaran dari dia tadi. Cuma aku tak tahu kenapa aku jadi begini pula" Hamparan di kaki yang tadi elok saja kini sudah berselerak dek kerana aku memaut lembut kaki Sofea. Kawan sejak menjejakkan kaki di universiti sehingga kini. Dia yang memperkenalkan aku kepada Arjuna. Kawan yang bertanggungjawab melihat seribu satu masalahku. Dia adalah segala-galanya padaku.
"Hannah, selagi belum akad nikah yang sah kau bukan sesiapa di hati dia. Kau hanya kawan atau teman seperjuangan dia" Sofea berulang kali menyebut pekara itu.
Di luar sana hujan rintik-rintik lalu aku teringat mutiara kata dari Sang Arjuna :
"Bila hujan di luar berguguran itu bermakna Allah menyuruh kita kembali kepadaNya, mungkin waktu itu awak sudah jauh dariNYA. Dekati hujan itu, sentuhi air hujan itu dan biarkan ia berlalu di tangan awak lalu berdoalah di dalam hati"
Bila saja guruh berdentum di luar aku lantas bangun lalu menuju ke luar tingkap dan berbuat seperti yang disuruh olehnya. Ya, ia berasa sangat tenang dan sangat damai walaupun aku tahu hujan di Kota Raya ini adalah hujan acid, namun aku tidak peduli.
Ketika hujan membasahi Kota Raya ini aku dapat membayangkan Universiti Al-Azhar yang tersergam indah dengan ukiran-ukiran di dinding ya. Walaupun aku juga berhajat ke sana tetapi bukan rezeki ku, rezeki ku di bumi Malaysia ini.
Wahai Hannah,
Didiklah hatimu untuk menjadi kuat,
Menjadi tabah setabah Saiditina Khadijah,
Didiklah hatimu menerima dugaan itu seperti menerima perkhabaran yang baik,
Perkhabaran untuk kehidupan kita nanti
Selagi nafas berdenyut,
Selagi itu kita tetap hamba Allah.
*Bersambung...
nu 'izzatty
love xoxo
Comments
Post a Comment