....Berhenti Berharap
Assalammualaikum...
Di hujung hening senja ini, aku merafakkan syukur ke hadrat illahi kerana aku masih boleh bernafas di muka bumi ini.
Semalam, si Arjuna datang membawa sepucuk surat berwarna coklat pekat. Di hadapan sampul itu ada setem yang tertulis Kuala Lumpur dan tarikh itu hari ini. Maknanya pertemuan ini mesti akan ada sesuatu berita yang mengembirakan atau mengusarkan hatinya.
Aku menunggu di kerusi taman itu, menunggu dengan seribu pengharapan bahawa arjuna datang membawa berita yang mengembirakan bukan yang menyedihkan. Angin petang itu lembut menampar lembut pipi ini ditemani juga sekawan bangau. "Damai benar petang ini" di dalam benaknya berkata-kata.
"Assalammualaikum, ya Hannah" lembut tutur sang pemilik suara si arjuna itu.
"Waalaikummusalam, Arjuna" Aku mengganguk lalu menunduk wajah. Tidak mampu hendak bertentang mata kerana timbul perasaan yang tidak sepatutnya ada dalam hati ini.
"Arjuna ada bawa perkhabaran dari bumi Yaman, yang memberitahu bahawa saya diberi peluang untuk belajar di sana" Bibir arjuna mengungkap satu persatu ayat. Memang benar tekaanku bahawa ada berita yang mengejutkanku.
"Alhamdulillah, doa Arjuna diperkenankan oleh Allah s.w.t. Bila tarikhnya Arjuna ke sana?" Tanya diriku walaupun tahu tarikh itu semakin hampir, kemungkinan sebulan atau dua bulan sahaja.
"In sha Allah jika diizinkan Allah, dalam tiga bulan lagi berangkatlah Arjuna ke sana. Arjuna pasti berita ini mengejutkan Hannah walaupun Hannah tidak tunjukkan kepada Arjuna" Arjuna memberikan sampul surat itu kepadaku, aku menyambut.
"Ini perancangan Allah untuk arjuna, tiada siapa boleh mengubah walau keluarga Arjuna. Ini jalan Arjuna untuk menuju ke jalan yang diredai Allah. Jadi, Arjuna kena laluinya juga" Panjang lebar ayatku. Dah lama sebenarnya untuk aku cakapkan mengenai ini.
"Hannah, perjalanan Hannah akan sampai juga cuma lewat dan cepat saja. Keputusan peperiksaan kita hampir sama jadi mesti Hannah juga berjaya menempatkan diri di mana-mana universiti"
"Amin. Doa orang yang baik mesti Allah makbulkan. In sha Allah" Aku mengaminkan kata-kata Arjuna. Memang benar kata-kata itu satu doa dan satu doa juga untuk Hannah.
Bersambung...

nur 'izzatty
love xoxo
Comments
Post a Comment