Selamat Hari Lahir Taty =)
Assalammualaikum =)
Semalam genap usia Taty sudah berusia 20 tahun tepat. Usia yang dah matang tapi perangai amcam budak-budak lagi. kihkih.
Malam 20-3-2013, Taty dah tidur lepastu semua lampu tutup dan mereka kejutkan Taty sambil bawak kek yang ada lilin ! Masa itu hanya Allah sahaja yang tahu betapa terharu, sedih, gembira, dan hebat kerana mereka sanggup luangkan masa, kongsi makanan dan buat rancangan untuk Taty. Kali ini birthday sangat-sangat terharu. Alhamdulillah.
Pagi itu lepas solat subuh, dapat whatsapp dari abang kesayangan beta iaitu Abang Syaer sebab hantar gambar-gambar di atas. Ya Allah, ini lagi satu kejutan untuk Taty sebab abang taty punyalah rajin tangkap gambar mereka semua. Mari Taty kenalkan artis satu-persatu kotak pertama "Najwa Latif" artis kedua
"Kaka", "Cik Tah", "Kumpulan Sleeq", dan "Dina". Inilah kejutan yang Abang Syaer saya dah janji nak buat kejutan, tapi kalau seronok dia bawa saya sekali untuk jumpa bersama. Kihkih. Macam mana saya tak sayang abang sorang ni. hehehe.
"Kaka", "Cik Tah", "Kumpulan Sleeq", dan "Dina". Inilah kejutan yang Abang Syaer saya dah janji nak buat kejutan, tapi kalau seronok dia bawa saya sekali untuk jumpa bersama. Kihkih. Macam mana saya tak sayang abang sorang ni. hehehe.
Sebelum menidurkan diri malam ini, renungi lah kata-kata hikmah yang sangat memberi manfaat kepada diri Taty sendiri mungkin kepada orang lain juga.
Kata-kata ibu " Selamat ulangtahun anakku sayang adik, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki dan semoga Allah sentiasa memberkatimu sayang" Sebelum menidurkan diri membaca dengan penuh perasaan dan penuh kejiwaan.
Kata-kata ayah "Sayang ayah, Selamat ulangtahun sayang, walaupun ayah dah terlewat tapi ayah tetap nak jadi yang pertama dalam hati adik. Belajar pandai-pandai sampai adik berjaya sayang, semoga Allah memberkatimu" Masih bergenang airmata ini sayang ayah.
Ungkap kakak iena, abang iwan dan abang syaer "Selamat hari lahir, dah tua jadi kena rajin-rajin" . "Selamat hari jadi, nanti abang iwan belanja adik" kihkih. "Welcome the 20's club" Hahhaha. Kata-kata yang memberi semangat kepada diri saya sendiri.
"Kata-kata Nur Suhada " Selamat ulangtahun, inilah masanya saat dirimu merasa bahagia, Hari ulangtahunmu kini menjelma, usiamu yang bertambah, moga rezeki, ilmu dan rahmat cinta-Nya juga bertambah" Jiwa ini masih sebal membaca kata-kata hikmah dari dia.
Berbeza pula dengan BFF Taty yang lagi sorang, Mohammad Idris pula membuat kejutan di mana dia yang sangat rajin lalu membuat video mengenai hari jadi Taty. Apa yang Taty rasa sekarang, terharu, gembira dan bahagia sebab dia sanggup luangkan masa untuk Taty. Tapi video itu tak sempat nak di upload kerana line internet. Kihkih.
Tetapi, walaupun ada nama yang tertinggal di dalam teks ini jangan bersedih kerana awak-awak semua masih ada dalam hati saya. heeee.
Selamat malam :)
LOVE XOXO
NUR' IZZATTY
Comments
Post a Comment