Selamat Ulangtahun Abang Iwan..

Assallamualaikum...

Kali ini entry mengenai abang saya iaitu bernama Muhammad Syazwan bin Muhiddin. Inilah orangnya.


-Seorang abang yang penyayang dan garang sikit. Apa yang buat saya menghargai dirinya adalah cara didikan dia. Dia sama sekali tidak menyukai saya bercinta semasa belajar jadi sampailah saya single. Lagipun sebenarnya saya hargai cara didikan itu sebab mendidik saya supaya tidak leka dan cuai.

-Abang Iwan ni jugak suka belanja kami walaupun dia tahu waktu kami dah kekenyangan tapi dia tetap jugak nak belanja.

-Abang Iwan ni jugak suka paksa kami kalau kami tak ikut apa yang dia suruh, yang selalu jadi mangsa adalah saya dan Abang Syaer jugak. Dia akan paksa kami sehingga kami ikut apa yang dia suruh. hehe.

-Abang Iwan jugak suka sangat lepak sambil minum-minum walaupun dah jauh lewat malam. Rindu pulak dengan dia ni.

-Di samping itu jugak, kalau suruh dia karaoke lagu Awie, memanglah tak lena malam sesiapa benar. Suara dia lebih kurang lagi-lagi kalau dia bawa lagu Di Penjara Janji dan Tragedi Oktober ! Hebat gila suara dia. Kihkih. 

-Dia duduk Sepang sana, kadang-kadang bila dia telefon saya macam terkedu sebab dia jarang telefon disebabkan kerja yang tak menentu. lepas dia call saya, pasti air mata mengalir dengan pantas. Tak tahu kenapa. Kalau dengan Abang Syaer tak pulak. pelik.

Btw, Abang Iwan. Selamat Ulangtahun yang ke 29, semoga pertambahan umur ini menjadikan Abang Iwan lebih dewasa dan cerdik di dalam membuat keputusan mengenai hal dunia dan hal akhirat. Adikmu ini sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kita sekeluarga. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, dibukakan pintu cahaya kepadamu.InsyaAllah, Allah ada di sisi.




love xoxo
nur' izzatty

Comments

Popular posts from this blog

Sesudah Gerimis.

Keluarga Muhiddin dan Azizah