Sebab kami sentiasa rapat.
Ini sebab kami sentiasa bersama dan bersama.
16 konsep kami utuh bersama sehingga kini...
Assalammualaikum. Disebabkan terlalu sibuk dengan kerja yang semakin meninggi. hehe, tapi tetap jugak menghabiskan masa sekejap untuk berkongsi apa yang patut. Buat kata BFF saya, dah lama tak tengok u post apa-apa dekat blog. hehe. Kali ini saya realisasikan harapan dia untuk bulan februari.
Kali ini mahu bercerita mengenai si dia yang rapat dengan saya. Macam belangkas buat kata orang sekeliling, tapi memang betul pun apa yang diperkatakan oleh orang ramai.
Pekara yang utama:
1) Si BFF boleh menahan hujan, panas ribut taufan hanya sebab nak temankan saya pergi cari tudung di Jalan Tar yang serius sesak dengan orang ramai.
2)Kami boleh serapat yang mungkin kerana kami berdua memang suka makan sushi walaupun dalam kuantiti yang banyak dan kami sudah kenyang waktu itu.
3)Kami berdua suka bergosip dan melepak walaupun waktu itu hanya kami berdua kami boleh layan melepak sehingga kadang-kadang sejam lepak pun tak perasan.
4)Seterusnya, kami sangat suka bergelak sakan di dalam kelas walaupun sudah banyak kali ditegur kerana menggangu waktu kelas. Kadang-kadang itu saja cari kami hendak menghilangkan mengantuk.
5)Kami berdua juga suka buat kerja last minute walaupun kerja itu nak hantar esok ini kerana kami memang tak suka pekara yang mengganggu kepala kami. Jadi, esok kelas pasti kami akan dimarah sama-sama.
6)Satu perangai yang kami takut adalah apabila melalui jeriji longkang pasti kami akan mengelak kerana terbayang jika waktu kami lalui jalan itu kami akan terjatuh. Tetapi bila fikirkan balik, andai benar macam mana ya?
7) Seterusnya apa yang menjadikan kami rapat apabila kami ni gayat orangnya. Dan sah-sah kami tak boleh pergi bercuti ke Genting Highlands kerana sangat takut pada ketinggian lagi-lagi melihat permainan yang tinggi-tinggi tu. Ya Rasullulah gayatnya.
8)Walaupun dia seorang lelaki tetapi dia juga pereka fesyen gaya tudung saya. Maksudnya corak dan warna yang sesuai untuk saya. Maklumlah kadang-kadang saya ni tak pandai sangat nak pilih jadi dia lah yang tukang pilih untuk tudung saya jadi saya lebih selesa keluar dengan dia.
9)Si BFF juga suka keluar dengan saya sambil makan-makan. Seperti semester lalu kami keluar bersama tapi duit habis kepada makan saja. Memang dasar kuat makan kami ni.
10) Seterusnya, kami sangat teringin pergi bercamping beramai-ramai. Kami mahukan aktiviti yang lasak tetapi tiada geng. Jika mahu bercamping takkanlah berdua saja pasti nanti tak seronok.
11)Pernah sekali kami merancang mahu menonton tetapi tak pergi dek sebab keletihan. Memang kami suka merancang tetapi nak buat macam mana tak boleh keluar. Kami pegang kata-kata ini "Kita hanya merancang tuhan yang menentukan"
12) Kami juga suka mencuba pekara atau makanan yang baru walaupun benda tu orang lain dah cuba lama. Kesian kan kami, tapi tak apa kami tetap suka mencuba benda yang baru.
13)Apabila kami dah duduk berdua apalagi sesi mengenang memori 10 tahun akan datang. Macam-macam gaya jenis penceritaan kami. Sedih, nangis, gembira, suka dan duka semuanya adalah. Tapi itulah kehidupan kan.
14) Seterusnya, dia juga selalu mengingatkan bahawa satu hari nanti apabila saya sudah mempunyai imam yang boleh membimbing ke jalan yang diredhai, dia akan menjadi perancang majlis perkahwinan saya. Dia juga telah menetapkan segala persiapan biarlah dia yang uruskan. Itu memang janji dia pada saya. Katanya "perkahwinan biarlah seumur hidup sekali jadi biarlah perkahwinan itu yang grand dan meletop" ya, saya akui bab itu.
15) Kami juga mengimpikan percutian yang ekstrim di kampung halaman sendiri. Ini seperti dia datang ke Melaka dan melawati semua tempat yang seronok di Melaka dan saya pula melawati kampungnya di Kelantan. Ya, itu memang rancangan kami.
16) Impian kami seterusnya adalah mahu melihat diri masing-masing menggengam segulung diploma sama-sama dan menghasilkan sebuah buku dan juga sebuah skrip nanti. Itu memang impian kami.
love xoxo
nur 'izzatty
air mata i menitis waktu baca ni..
ReplyDeleteso sweet dear..
i miss u..
Heeee.
DeleteI pulak masa menulis ni, punyalah ingat apa yang menjadikan kita serapat yang mungkin.
I miss u..
Tepatkan apa yang i coretkan ini? Atau u ada tambahan? Kalau ada u tambah dekat blog u pulak. Kihkih.