Salam Terakhir
Assalammualaikum.
Lirik Bila Waktu Telah Berakhir - Opick
Bagaimana kau merasa bangga
Akan dunia yg sementara
Bagaimanakah bila semua hilang dan pergi
Meninggalkan dirimu
Bagaimanakah bila saatnya
Waktu terhenti tak kau sadari
Masikah ada jalan bagimu untuk kembali
Mengulangkan masa lalu
Dunia dipenuhi dengan hiasan
Semua dan segala yg ada akan
Kembali padaNya
Bila waktu tlah memenggil
Teman sejati hanyalah amal
Bila waktu telah terhenti
Teman sejati tingallah sepi
Mungkin semua dapat tahu apa yang sebenarnya aku nak tulis kali ini. Permergiaan seorang yang sangat bermakna dalam hidup kami sekeluarga. Pemergiaan sebutir permata yang masih kami perlukan untuk menyambung kekuatan darinya.
Al-Fatihah untuk Kamariah Binti Md Nor.
Jam 9.00 malam Malam selasa minggu lepas, kami dikejutkan apabila Mak Wok harus dihantar semula ke Hospital Melaka. Waktu itu kami bungkam dalam diri masing-masing. Kami terkedu apabila Mak Wok dikejarkan semula ke hospital. Sampai sahaja ke wad kecemasan, ramai sangat orang sehingga kami tercari-cari mana Mak Cik Nor. Rupanya, Mak Cik jauh duduk di belakang. Kami menuju ke sana dengan kekuatan. Kata Mak Cik "Mak Wok dalam zon merah, sekarang dia kritikal" Lapan baris ayat yang paling meruntun jiwa kami. Waktu itu Allah percikkan semangat kami bersama-sama. Kami saling memerlukan waktu ini.
Jam 12.00 tengah malam
Kami masih di wad kecemasan dan masih menunggu keputusan dari doktor. Selang 15 minit doktor memanggil waris kepada Mak Wok untuk masuk ke dalam. Mak cik dan ayah masuk ke dalam, kami berdoa pada Allah. Keluar dari bilik kecemasan muka Makcik dan Ayah bungkam. Kata Makcik "Doktor dah masukkan tiub yang macam arwah tok mad nor tu, yang bernafas ikut tiub" Aku diam dan ada juraian airmata yang kasar. Makin lama makin kasar jatuhan airmata itu. Jam beranjak ke dua pagi. Kami lansung tak fikirkan lapar, mengantuk, sejuk dan segala-galanya, waktu itu Mak Wok perlukan kekuatan kami.
Jam 3.00 pagi.
Kami masih menanti nama waris Mak Wok dipanggil. Kami cuba menghiburkan hati tapi masih memikirkan Mak Wok di dalam. Entah bagaimana berselirat wajahnya dengan wayar. Kami taks anggup nak melihat beliau. Jam 3.15 nama waris Mak Wok di panggil. Kami berdoa agar di kuatkan semangat untuk menghadapi sebarang ujian itu. Makcik keluar dari zon merah dan berkata "Sekarang ni Mak Wok dah reda sikit kena tunggu mereka panggil untuk ditolak ke icu atau ccu". Allahhurabbi !! Aku masih diam dan terus menggegam kuat tangan ibu agar kekuatan kami di salurkan bersama. Sekali lagi nama waris Mak Wok dipanggil, kali ini bersedia untuk bergerak ke wad icu. Kami mengikut dari belakang tetapi Mak Wok sudah sampai ke wad tetapi wad biasa, kami reda sedikit. Sampai saja di dalam wad kami semua nampak badan Mak Wok dipenuhi wayar dan nafasnya mencunggap. Di satu sudut aku nampak ayah mengelap airmata dan satu sudut lagi Makcik mengelap juga. Masing-masing memandang muka Mak Wok seolah-olah tidak mahu melepaskan pandangan walaupun sekejap. Mak Wok lena, mata tertutup rapat. Jururawat sedang menyiapkan tempat tidur Mak Wok dengan kemas agar Mak Wok selesa. Aku masih bungkam juga. Masih terkejut. Selepas memastikan Mak Wok selesa dengan tempat itu walaupun mata Mak Wok pejam rapat kami dapat merasai yang Mak Wok sudah selesa. Kami bergerak menuju ke tempat kereta dan kami buat keputusan untuk bermalam di rumah Makcik kerana jam menunjukkan ke angka 5 pagi. Sebelum itu, kami ke kedai makan untuk mengisi perut yang lapar ini. Gelagat Pak Uteh menceriakan sedikit wajah kami yang sudah kepenatan, tetapi harus kuat untuk Mak Wok. Kami sampai dirumah Makcik dengan wajah yang tidak bermaya lalu terus mendapatkan tilam dan bantal kerana terlalu letih sampai sakit kepala. Disebabkan kami dari petang tidak tukar baju jadi aku dan ibu tidur dengan jubah walaupun tak selesa tetapi mata tetap lelap.
Jam 8.30 pagi
Aku dikejutkan oleh ibu kerana mahu pulang ke rumah untuk mandi dan beri ayam makan tetapi tidak sempat kerana masa tidak mengizinkan. Tiba-tiba dari luar kami terdengar bunyi hon dari kereta Makcik, rupanya Makcik balik dan beritahu yang "doktor telefon suruh datang hospital sekarang" Jantung kami berdegup kencang aku terus menjamah sedikit sarapan dan terus menuju ke kereta. Di dalam kereta tak semena-mena airmata mengalir dengan deras, nasib baiklah ada cermin mata yang boleh menutup sedikit airmataku. Sampai sahaja di wad, dan dihadapan pintu wad Pak Uda beritahu "Mak Wok dah tak ada" Aku terdiam dan airmata laju dan deras dan aku tak dapat bendung. Ibu, Makcik, Bibik dan Fisha menangis di setiap penjuru di wad dan Doktor membenarkan kami masuk ke dalam tapi masih belum untuk melihat jenazah Mak Wok. Aku menghantar pesanan ringkas kepada abang er dan kak ina, aku tak mampu untuk menghubungi mereka kerana takut aku tidak kuat. Waktu ini aku sangat perlukan kekuatan dan semangat dari keluarga dan sahabatku. Ya, keluarga ada di sini. Selepas menunggu lebih kurang dalam 10 minit jururawat menguruskan jenazah kini giliran kami untuk menatap wajahnya. Aku rapuh dan hampir tersungkur di sebelah ibu. Pelukanku bersama ibu makin kuat dan hati kami menangis bersatu. Tak dapat dibendung lagi perasaan ini. Wajah jenazah mulus dan sejuk, wajahnya bersih sebersih hatinya. Allhuraabbi ! Kuatkan kami. Selepas itu, Pak Uteh dan ayah datang melawat dari belakang aku memandang wajah ayah dan kesan airmata beliau itu masih ada lagi masih basah pipinya itu. Makcik dah jauh melarikan diri dari kami mungkin mahu melayani jiwanya.
Jam 10.00 pagi
Kami meminta pihak hospital untuk menguruskan mandian dan mengapankan jenazah kerana bimbang jika dibawa balik siapa pula yang akan menguruskan kerana nak mandikan jenazah susah sedikit sebab ada kesan patah di bahagian punggung (kalau tak silaplah). Dari pukul 10.30 sehingga pukul 11 lebihlah rasanya (tak ingat pukul berapa). Dalam menunggu itu banyak kejadian jugak yang berlaku semasa di Jabatan Forensik Hospital Melaka, kerana ada yang sedang menunggu jenazah yang digilis keretapi di Simpang Empat. Seram tak seramlah masa tengok gambar dia. Huh !
Jam 12 tengahari
Abang Iwan, Kak Ina, Abang Er dan Abang Long datang melawat di hospital dan kami sekeluarga dapat tengok jenazah sudah di mandi dan dikapankan. Wajah Mak Wok sejuk dan sangat sejuk. Tangisku makin laju, aku memaut tangan ibu untuk berkongsi semangat. Wajah Mak Wok seperti di dalam tidur dan tersenyum, mana kan tidak ahli syurga. Untuk pengetahuan, Mak Wok ni bisu dan pekak sejak kecil lagi. Kami mengiringi jenazah dari Hospital dan terus ke rumah. Sampai saja di rumah aku melihat sudah ramai orang yang di kalangannya dari ahli sedara kami. Aku terperasan sepupu rapatku iaitu, Syahirah. Aku mendekatinya dan kami bertemu di dalam tangisan. Tangis kami makin kuat dan aku menghulurkan bahu untuknya tanda aku di saat dia memerlukannya. Ya, Shyra ni rapat dengan aku. Aku anggap dia sama macam adik sendiri ini disebabkan aku tak ada adik dan dia tak ada kakak jadi kami saling memerlukan. Aku memegang tangan Shyra sebagai tanda kekuatan lalu dia melentokkan kepalanya di bahuku dan aku berkata "Shyra berpeluang berbakti dengan Mak Wok, Akak ni lansung tak sempat Shyra" dia memukul lembut kakiku sambil menjawab "Ada, cuma akak je yang tak perasan". Aku tersenyum. Jenazah akan di bawa ke kubur dan aku pun terus bangun. Untuk kali ini aku pergi melihat Mak Wok buat kali terakhir. Di dalam kereta aku membungkam perasaan. Selesai melihat jenazah di tanam dan di baca talkin kami makin sebak. Sebelum meninggalkan kubur, aku memandang jauh seperti memberitahu "Mak Wok, dunia kita sudah sangat berbeza. Hanya doa sahaja menghubungkan kita sayang. Berehatlah di dalam sana sepuas-puasnya, kami reda akan pemergiaanmu ini" Aku meneruskan perjalanan. Sampai di rumah, semua kembali seperti biasa tapi masing-masing dalam keadaan berkabung. Selepas itu, aku sempat memberitahu kepada 3 orang sahabat baikku, Ayie, Sue, dan Adah. Ya, mereka ada waktu itu cuma tidak di depan mataku tetapi di dalam hatiku. Malam itu, kenduri tahlil untuk arwah, 3 hari berturut-turut majlis tahlil untuk arwah.

Al-Fatihah...
Assalammualaikum...
nur 'izzatty
Comments
Post a Comment