Posts

Setelah Sekian Lama

Usai menyudahkan beberapa kerja yang tergendala tadi. Aku membetulkan kedudukan di kerusi lalu mengambil telefon bimbit. Beberapa pesanan ringkas laju saja aku membalas kerana beberapa perkara penting yang dihantar oleh kawan-kawan dari teman sekuliah. Memberitahu bahawa jam berapa mahu menghantar PeTA kepada penyelaras. "Taty, awak PeTA tahun ini. Percaya tak awak dah sejauh ini melangkah?". Tanya sahabat lamaku. Aku mengelap airmata. Berbuat seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. "Ya, tahun ini Taty PeTA. Taty pun tak sangka Taty dah sejauh ini melangkah. Walaupun lambat langkahannya tapi Taty dah sampai kemuncaknya. Alhamdulillah". Aku menjawab lalu ke bilik air mahu membersihakan wajah dari airmata. Beberapa sahabat di dalam bilik, perasan perubahan pada wajahku. "Apa awak rasa? Mesti tak sabar nak habiskan ?" Tanya dia lagi. Aku membiarkan sebentar telefon itu berbunyi. Aku mula menumpukan kerja yang mahu di hantar sebentar lagi. Bilik yang ...

Hujan Datang Lagi

Image
Dalam sibuk menguruskan kerja-kerja di semester terakhir ini aku semakin lupa untuk merehatkan diri. Lupa untuk memberi masa kepada otak untuk berehat sambil memandang pada alam. Alam yang tak pernah lupa dan menipu kepada kita. Petang itu, hujan turun lagi. Aku memilih kata tiga sama ada mahu meredah atau sama ada menunggu hujan reda atau membuka payung itu. Lama nak menunggu untuk memilih satu kata itu. Lama-lama menung pun tiada memberi kesan kepada aku.  Wanita dihujung itu masih terus berlari sambil memegang begnya dari dibasahi hujan senja itu. Pakcik tua itu baru sahaja keluar dari bangunan dan terus sahaja mengeluarkan payung dan berjalan malas menuju ke Perhentian Lrt Setiawangsa. Kanak-kanak kecil di kawasan perumahan itu berlari-lari sambil mendepakan tangan dan menikmati nikmat hujan itu dengan sepuas-puasnya. Aku? Masih menanti, dengan tiga jawapan yang tiada kesudahannya. Makcik disebelah aku setia menanti hujan tanpa ada rasa bersalah sama ada mahu m...

Mengutip Kembali Cebisan Kenangan

Assalamualaikum ! Dah lama sangat tak update blog, maklumlah dah semester akhir kan jadi makin tak ada masa nak update blog. Walaupun hakikatnya banyak sangat yang nak dikongsi. Petang tadi, selepas jumpa dengan penyelia pergi teman sahabat baik makan di kafe sebab dari tengahari dia belum menjamah nasi lansung. Kasihan ~. Sahabat yang baik mana boleh tengok sahabat dia tak makan kan. Lepas dah selesai bersembang dengan dia , tiba-tiba terlintas nak ajak sahabat baik ini ke Padang Merbok. Cuaca pun elok-elok saja, tak panas dan tak hujan. Mendung pun ada jugak tapi nak risau apa kami dah siap sedia dengan payung. Sebenarnya dah lama nak ke sini cuma tak ada masa dan ketika. Sibuk sangat sampai terpaksa tengok dari tingkap hostel. Bila cakap nak pergi sana je, mesti ada yang cakap "kau nak buat apa? Kau tak takut duduk situ sorang-sorang? Ke kau nak tengok abang-abang main bola dan ragbi di sana?". Banyaknya persoalan timbul bila cakap nak pergi sana. So disebabkan ta...

Sungai Tongkang dan Kisahnya.

Image
Assalammualaikum. Aswara sekarang sedang bercuti, jadi seminggu ini Aswara jadi sunyi. Ini kali pertama tak balik kampung sebab banyak sangat kerja jadi kena tangguhkan cuti dan duduk di hostel menghadap kerja yang takkan pernah habis. Kihkih. Sabtu 22 Mac 2014 Nak bercerita, sabtu lalu aku ke Johor brsama Kak Farah. Sebabnya ke Johor adalah menghadiri majlis perkahwinan abang kepada kawan sebilik kami. Mulanya nak gerak hari ahad pagi tapi kekasih hati Nik ajak kami pergi sekali. Lalu, lepas maghrib kami gerak menuju ke selatan. Disebabkan semua kelaparan kami singgah makan di Asam Pedas Claypot dekat Kota Laksamana, si kekasih hati Nik nak rasa makanan Melaka jadi aku sebagai orang Melaka tunjuk di mana kedainya. Selepas menikmati makanan di situ sambil dihidangkan gelak tawa mencuti hati dan merah padam muka ini kami pun berangkat ke Johor. Dah kelewatan sebenarnya tapi kami redah saja. Sampai di hadapan rumah Nik, kami diberi kunci untuk menginap di Homestay berdekatan situ...

Menjelajah Ke Dunia Baharu

Image
10 Mac 2014, 2.00 Petang Tengahari itu, selepas sahaja menikmati makanan tengahari kami berdua bergerak ke Dataran Underground. Dalam perjalanan itu kami sibuk berborak sehingga terlupa jalan mahu ke sana. Borak sehingga lupa diri kata orang. Dataran Underground , 3.00 Petang Sampai sahaja kami terus meluaskan pandangan dan sekarang masa untuk mencari barang yang dihajati dari minggu lalu. Nik yang waktu itu hampir sahaja menggila tetap sempat ditahan oleh aku supaya tidak menggila lebih dari teruk. Barangan di sana tidak terlalu mahal dan tidak terlalu murah , sederhana sahaja. Hasilnya, aku membeli seutas rantai, sehelai selendang dan sehelai skrit labuh bercorak jalur menegak. Nik pula banyak juga yang dia habiskan tapi nampak wajah dia bahagia. Masjid Jamek. 4.30 Petang Selesai membeli barang keperluan di Guardian kami menunggu teksi di hadapan LRT Masjid Jamek dengan harapan teksi akan datang segera kerana kami sudah keletihan berjalan dari tadi. Sewaktu menunggu kedata...

BERTAHAN

Image
Dalam hidup kita Harus belajar untuk bertahan Belajar bertahan mencipta kenangan Sedangkan Kita sering lemah dalam menghadapi kenangan yang hebat Bukan sahaja tentangan yang hebat Malah dalam keadaan kau jatuh kau juga perlu bertahan Itu bukti kau kuat lebih dari biasa. "Dalam hujan juga kau bisa ketemu kekuatan tersendiri" Padang Merbok, Kuala Lumpur. 6.40 senja semalam. love xoxo nur 'izzatty binti muhiddin

Di hujung rasa yang indah.

Sedar tak sedar kami sudah sampai ke penghujungnya, penghujung semester, penghujung kisah belajar , penghujung memecah otak tetapi tidak ada penghujung persahabatan. Semester enam , semester yang akan membawa kita ke satu alam yang sangat asing. Projek akhir , projek akhir yang memerlukan ketahanan mental dan fizikal. Setiap yang belajar akan merasakan semester akhir adalah semester yang killer. Aku merasakan di penghujung semester ini adalah penghujung yang indah. Bagaimana kami mula bersatu kembali dalam sedar tak sedar. Tipu , jika dalam tiga tahun pembelajaran bersama tiada yang kecil hati , tersentuh jiwa , terusik minda , kejauhan hati , merakam kenangan dan mengusik rindu di dalam doa. Bagi aku , aku adik kedua bongsu ini kerana Zahid paling bongsu dalam keluarga penulisan kami. Pasti aku merasakan aku paling manja dan paling banyak hal. Pasti ada yang terusik hati dengan perbuatan aku. Namun, jauh di sudut hati aku mengharap kemaafan dari kakak-kakak dan abang-abangku. Ter...