Posts

Di hujung rasa yang indah.

Sedar tak sedar kami sudah sampai ke penghujungnya, penghujung semester, penghujung kisah belajar , penghujung memecah otak tetapi tidak ada penghujung persahabatan. Semester enam , semester yang akan membawa kita ke satu alam yang sangat asing. Projek akhir , projek akhir yang memerlukan ketahanan mental dan fizikal. Setiap yang belajar akan merasakan semester akhir adalah semester yang killer. Aku merasakan di penghujung semester ini adalah penghujung yang indah. Bagaimana kami mula bersatu kembali dalam sedar tak sedar. Tipu , jika dalam tiga tahun pembelajaran bersama tiada yang kecil hati , tersentuh jiwa , terusik minda , kejauhan hati , merakam kenangan dan mengusik rindu di dalam doa. Bagi aku , aku adik kedua bongsu ini kerana Zahid paling bongsu dalam keluarga penulisan kami. Pasti aku merasakan aku paling manja dan paling banyak hal. Pasti ada yang terusik hati dengan perbuatan aku. Namun, jauh di sudut hati aku mengharap kemaafan dari kakak-kakak dan abang-abangku. Ter...

Sesudah Gerimis.

Image
Perjalanan yang mengambil masa selama tiga jam itu membangkitkan aku dalam kehairanan. Di mana pula tempat yang dibawa oleh sahabatku ini. Aku tersedar lalu melihat jam sudah menunjukkan ke angka 6 pagi. Mari subuh dahulu. Ku lihat ada kiriman pesanan ringkas dari ibuku, mengejut bangun subuh seperti selalu. Ibu tak pernah jemu mengejutkan aku dari alam lena. Sesudah mengangkat wudhuk, aku pun terus membentang sejadah berwarna ungu pemberian dari ayah dan ibu yang dibeli di Makkah. Sungguh cantik dan halus pembuatannya, makin tertarik ia boleh digunakan dua-dua belah. Alhamdulillah, selesai sahaja bermunajat pada Allah S.W.T aku melipatkan kembali sejadah dan telekung. Aku menghampiri jendela, lalu ku buka kan jendela agar udara pagi masuk ke segenap kamar. Selang beberapa minit aku merasakan ada titisan hujan jatuh di pergelangan tangan. Di dalam hatiku, Allah tak pernah menghampakan aku untuk merasai nikmat hujan di pagi hari. Rakan-rakanku masih lena dibuai mimpi. Aku pula kem...

Gigi-gigi Air

Angin yang menampar pipi ini Kuat ! Gigi-gigi air juga menampar kaki juga seperti merasai kesakitan ini. Semangat malam dirasa kuat Meneruskan saki baki kehidupan di kota Bicara Ibu, hidup ini adalah satu percaturan Tersalah langkah selamanya merana Bicara Ayah, kaki ini dah penat berlari Tetapi hati masih kuat Keesokkannya, kami datang semula Meninggalkan memori lama bersama mereka Menghamparkan sebuah kenangan pernah bersama Dan kini harus terpisah.

Berhenti Berharap 3.

Assalamualaikum... "Hannah, dia ke sana mengejar ilmu dan mengejar cita-cita dia. Dan kau patut mendoakan kejayaan dia bukannya menangis sebegini" Pesanan Sofea berulang kali bermain di mindanya. Puas dia cuba untuk hilangkan kedukaan itu tapi masih perit. Ketika usai kami menuju ke jalan rumah masing-masing tadi, aku memalingkan muka dan wajah kami bersatu. Terpancar kegembiraan terlukis di wajah tampannya itu. Anak lelaki Pak Akob ni memang kacak sekacak ayahnya waktu bujang sehingga berebut-rebut wanita dalam kampung ini menginginkan Pak Akob. Sekarang, wajah tampan itu diwarisi Arjuna. Aku tahu Laila anak imam satu surau ini juga tergila-gilakan Arjuna dan pernah bergaduh denganku hanya kerana kami pulang sekolah bersama, sejujurnya kami berbincang mengenai pelajaran yang tidak fahami itu dan aku bukan berdua tetapi ada menemani kami. Lamunanku terhenti. "Hannah, mari turun makan. Ummi dah siap sediakan makanan ni" Lembut tutur suara Ummi mengejutkan aku d...

Untuk Malam ini...

Assalamualaikum... Untuk malam ini, Biarkan rasa itu pergi, Biarkan kita berkelana, Berkelana jauh meninggalkan. Ayah, Kepergiaanku ini, Hanya sementara, Bukan selamanya. Ibu, Hilangkan rasa duka mu, Hapuskan airmata mu, Jangan kau biarkan rasa sedih menyelebungi dirimu, Ku kan kembali semua. Untuk kakak dan abang, Kamu bertiga adalah anugerah Allah, Yang tak dapat memisahkan kita , Sayang adik ke syurga. BFF (Ayie, Adah dan Sue) Sahabatku, Tiada apa lagi, Yang ingin ku sampaikan, Yang ingin aku beritakan kepada kamu, Hanya doa dan ingatan saja ku berikan. Untuk Malam Ini... Nur izzatty Love xoxo

... Berhenti Berharap 2

Image
Assalammualaikum... Aku pulang dengan seribu kekecewaan bahawa kami akan berpisah. "Hannah, kau kena kuat. Pergi dia ke sana bukan utnuk suka-suka tetpai untuk kesejahteraan kau bersama dan kau perlu ingat kau belum sah jadi milik dia. Kau hanya kawan pemberi semangat kepada dia sahaja. Kau bukan sesiapa di sisi dia" Tegur Sofea sambil memegang tangan ku. "Aku bahagia dan aku gembir mendengar perkhabaran dari dia tadi. Cuma aku tak tahu kenapa aku jadi begini pula" Hamparan di kaki yang tadi elok saja kini sudah berselerak dek kerana aku memaut lembut kaki Sofea. Kawan sejak menjejakkan kaki di universiti sehingga kini. Dia yang memperkenalkan aku kepada Arjuna. Kawan yang bertanggungjawab melihat seribu satu masalahku. Dia adalah segala-galanya padaku. "Hannah, selagi belum akad nikah yang sah kau bukan sesiapa di hati dia. Kau hanya kawan atau teman seperjuangan dia" Sofea berulang kali menyebut pekara itu. Di luar sana hujan rintik-rintik ...

....Berhenti Berharap

Assalammualaikum... Di hujung hening senja ini, aku merafakkan syukur ke hadrat illahi kerana aku masih boleh bernafas di muka bumi ini. Semalam, si Arjuna datang membawa sepucuk surat berwarna coklat pekat. Di hadapan sampul itu ada setem yang tertulis Kuala Lumpur dan tarikh itu hari ini. Maknanya pertemuan ini mesti akan ada sesuatu berita yang mengembirakan atau mengusarkan hatinya. Aku menunggu di kerusi taman itu, menunggu dengan seribu pengharapan bahawa arjuna datang membawa berita yang mengembirakan bukan yang menyedihkan. Angin petang itu lembut menampar lembut pipi ini ditemani juga sekawan bangau. "Damai benar petang ini" di dalam benaknya berkata-kata. "Assalammualaikum, ya Hannah" lembut tutur sang pemilik suara si arjuna itu. "Waalaikummusalam, Arjuna" Aku mengganguk lalu menunduk wajah. Tidak mampu hendak bertentang mata   kerana timbul perasaan yang tidak sepatutnya ada dalam hati ini. "Arjuna ada bawa perkhabaran dari bum...