Posts

Showing posts from 2012

INI SATU DUGAAN

Image
SAAT HILANG DIRI INI... Apabila dihimpit masalah ini Aku rapuh Aku lemah Tanpa ada semangat yang kuat Aku mencari dirimu  Mencari ke mana kau hilang Mencari ke mana kau mendiamkan diri? Ke mana harus aku temui kau? Dimana ?

Semangat Baru

Image
SEMANGAT ITU.. "Sue, Taty tak kuat nak hadapi dugaan ini, terlalu berat dugaan yang Allah beri pada Taty" luahku apabila ada masa kelapangan. "Dugaan apa kali ini, Taty? Luahkan pada Sue". "Saat dia hilang di sebalik tirai hijau, aku tercari-cari mana dia menghilangkan dirinya. Kenapa dia tinggalkan aku sendiri?" "Taty, dia sentiasa ada dalam hati tetapi tidak di depan mata" Aku terkesima, aku terdiam. Kenapa dia begini? Kenapa dia begitu? Pelbagai soalan muncul di dalam benak ini .

REMUK

Image
BIARLAH KISAH INI TERHENTI DI SINI.. Seperti pepatah melayu "Yang pergi tetap akan pergi" Sehingga kini aku memegang prinsip itu dan berharap dia juga begitu. Dia sudah berubah.. Berubah dengan tahap yang drastik, aku masih memikirkan apa yang membuat dia jadi begitu. Adakah salahku? Adakah masa yang merubah segalanya? Atau dia memang ingin berubah? Persoalan ini masih belum terjawab sehingga kini. Persoalan yang kami tertanya-tanya sehingga kadangkala menimbulkan fitnah. Sampai bila persoalan ini akan terjawab? Siapakah yang memulakan jawapan? Dia atau aku? Ya, kau memang hebat. Hebat dalam berkata, hebat dalam pergaulan, hebat dalam harta benda, hebat dalam paras rupa. Tetapi apa yang kau dapat jika kau berpaksi semua itu, ia tidak memberi apa-apa keuntungan, kemewahan kepada kau. Berhentilah dari membuat janji dan tidak mungkin kau tepati. Ingat !

Ku Tunggu Mu Di Sana

Image
"TILL JANNAH" Kehidupan ini mengajar aku apa itu kemanisan bersabar. Kemanisan dalam kehidupan ? Kemanisan dalam persahabatan ? Kemanisan dalam kekeluargaan ? Atau kemanisan dalam bercinta ? Masih belum jumpa makna-makna disebalik semua itu. Mungkin belum tiba masanya. Malam itu,  " Saya tunggu awak di sana" Kemas dan jujur ayat itu diontarkan "Kalau saya yang pergi dahulu?" "Kita janji didunia, kita tunai di akhirat" Lelaki berkopiah berjubah hitam manis menuturkan kata-kata. "InsyaAllah" Mereka berlalu meninggalkan bangku dan gugurlah bunga-bunga seperti merahmati juga kepergiaan mereka. Sayang, kasih kita ibarat putus ditengah jalan, terhenti di laluan panjang, terjaga dari lena dan ibarat laut tenang disambar ombak yang tidak bertepian. Susah untuk digambarkan betapa hati ini berat untuk melepaskan dan dilepakan. Saya terpaksa dalam keadaan yang memaksa. Maafkan lah. " Masih belum terlambat lagi unt
SEBENING KASIH AYAH :) Peluh keringatmu menjalar di dadamu Ayah Sepasang kaki yang sudah membengkak terpaksa juga melangkah  Ayah Mata yang redup itu sudah cukup menjadikan bukti mu sudah penat  Ayah Rambut yang sudah memutih itu menampakkan lagi sepatutnyamu  dirumah saja Ayah Baju lusuhmu yang masih kekali tergantung menampakkan kamu masih  ada tanggungjawab pada alam Ayah Urat-urat ditanganmu jelas kelihatan betapa beratnya kisah  hidupmu Ayah Kudis-kudis kaki yang sudah kematu menujukkan betapa deritanya  dalam kehidupanmu Ayah Misai dan janggut yang sudah tidak seperti dahulu menampakkan  lagi bahawamu tiada masa mahu mengemaskannya Ayah Badan semakin kurus, kulit semakin kasar, jalan semakin perlahan,  pergerakan pun semakin lemah Ayah Tika ini Putra Putrimu ini sudah bersedia mengambil alih tempatmu Ayah Tempat yang sepatutnya sudah lama kami galas tetapimu menghalang Ayah Putra Putri i
Image
KASIH  Kasih dia tak pernah bertandang Mengharap sinar pun belum pasti Apa yang ada hanyalah sebuah harapan Kemungkinan dengan cara itu sahaja KASIH Bagi dia tiada apa yang nak dikasihi Mungkin caranya berbeda Cara ku juga berbeda Apa yang tidak berbeda hanyalah apabila  Kasih sudah melekap di kalbu Hargailah tean disekeliling kamu wahai sahabat, sesungguhnya teman yang paling setia menemani kamu. Jangan hanya mahu menjaga perasaan kekasih saja, sesekali jenguk sikit perasaan teman kita. Taty tak pernah memilih dalam bab-bab berkawan, semua Taty kawan. Alhamdulillah Allah memberi perasaan ini kepada Taty kerana bagi Taty selagi belum berpunya SAHABAT adalah segala-galanya selepas Allah, Keluarga dan selepas itu adalah SAHABAT. Kadang-kadang hati ini tertanya masih ada ke mementingkan sahabat? Mungkin ada tetapi segelintir sahaja kan? Susah nak cari sahabat yang boleh menangis sama-sama, tidur sebantal, makan sepinggan
HATI SEDANG MENANGIS :( Hati Berhentilah menangis Tidak berdaya lagi  mata ini ingin megeluarkan Untuk apa kau merintih Untuk apa kau menangisi benda yang belum pasti Untuk apa wahai hati ? Tiada guna wahai hati  Berhenti berehat seketika  Esok pasti ada lagi Dan mungkin esok hari milik kau  Semakin kau merintih  Semakin galak dia mentertwakan kau wahai hati Lupakan si durjana itu  sebentar Ingatlah yang  abadi  Yang akan kekal selamaNya  Ya ! Hati Taty sedang merintih. Tak tahu apa yang menganggu naluri hati sekarang, semakin dingat semakin sayu. Kata orang kalau kita saja nak ingat dia pun tak boleh juga. Kadang-kadang orang kata jangan terlalu ikutkan sangat hati ni, kena jadi kuat sikit sebab dalam hidup ini kita akan jumpa pelbagai jenis manusia, ada yang suka tengok kita bahagia, derita. Jadi pilihlah :)
Image
SATU HARI NANTI ! Disebabkan cuti yang lama sangat ni, Taty teringin sangat nak bercuti dengan satu keluarga tapi disebabkan kekangan masa menyebabkan kami sekeluarga tak ada masa nak bercuti. Setiap orang mesti ada impian mahu ke sesuatu tempat satu hari nanti. Ya ! Taty juga begitu mahu pergi melancong ke seluruh negara tapi itu sudah semestinya mustahil buat masa sekarang.Taty lagi suka pergi melancong macam ke pulau-pulau, dan mandi-manda daripada bercuti ke tempat mahal-mahal kerana nak shopping. Alahai! memang tak minat lah. Tapi kalau ke pulau memang sangat seronok. Jadi inilah antara pulau-pulau yang Taty teringin mahu ke sana. InsyaAllah satu hari nanti. 1.KARAMBUNAI ~ Inilah tempat yang Taty nak pergi sangat-sangat, tapi belum berkesempatan lagi, kerana kekurangan bajet dan masa. Taty tahu mengenai Pulau Karambunai ini pun  Nur Suhada (Pemilik blog Gadispuisi) bagitahu kalau tidak memang Taty tak tahu.. Dia juga mahu ke sini untuk
Image
SAHABAT SELAMANYA ! Sudah hampir setahun Taty belajar di ASWARA, tetapi baru tahun ini Taty berjaya buat blog kerana kekangan masa yang tidak mengizinkan dan biasalah line menjadi punca utama. Di ASWARA kami seramai 11 orang di kumpulkan menjadi sebuah keluarga bahagia. Kami juga mengharapkan keluarga ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.  Persahabatan antara kami ini seperti rumput yang segar dipagi hari yang memberi satu semangat baru. Mari kita mulakan yang pertama ataupun orang kata ketua kami.  "GILALAH" Ini perkataan pertama Abg Long kami apabila dia mendegar berita yang memeranjatkan dia. Abg Pitri, sebagai penyeri keluarga kami dan juga pelawak terkenal ! Yeah ! Lawaknya tak pernah menghampakan kami ( dah macam juri Maharaja Lawak pula).  Satu bakat yang terpendam dalam diri Abg Long kami ini adalah boleh bermain gitar dan menyanyi (ala-ala najwa latif kan?). Kakak Shikin ! Kakak Shikin ni satu yang Taty sayang dia sebab s

Keluarga Muhiddin dan Azizah

Image
Penghubung kasih antara kami sekeluarga. Ayah Muhiddin B. Md Nor dan Ibu pula Azizah Bt. Md Azib. Bibit cinta mereka bermula dengan perkenalan kawan antara kawan dan alhamdulillah bibit cinta mereka masih mekar. Biarlah bibit cinta mereka mekar sehingga ke syurga nanti. InsyaAllah ! Cinta mereka berdua akhirnya dikurniakan 4 orang cahaya mata 2 lelaki dan 2 perempuan. Mereka berdua suka pakai baju sedondon sehingga ada yang mengatakan mereka pasangan sejoli, berharap Taty juga begitu satu hari nanti. Ini kakak kami yang pertama dan terakhir dalam keluarga ini. Berusia 30 tahun dan sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang cahaya mata 2 lelaki dan seorang perempuan. Anak yang pertama bernama Muhd Irfan Fahmi berusia 9 tahun. Anak kedua pula Ahmad Shahid berusia 6 tahun. Anak yang bongsu akhirnya mereka dapat anak perempuan setelah 2 tahun mereka mahukan anak perempuan. Suami kepada Kak Ina iaitu abang Long kami bernama Kamis bin Saad. Dengan kakak tak berapa rapat sangat sebab d