KASIH 

Kasih dia tak pernah bertandang

Mengharap sinar pun belum pasti

Apa yang ada hanyalah sebuah harapan

Kemungkinan dengan cara itu sahaja



KASIH

Bagi dia tiada apa yang nak dikasihi

Mungkin caranya berbeda

Cara ku juga berbeda

Apa yang tidak berbeda hanyalah apabila 

Kasih sudah melekap di kalbu





Hargailah tean disekeliling kamu wahai sahabat, sesungguhnya
teman yang paling setia menemani kamu. Jangan hanya mahu menjaga perasaan kekasih saja, sesekali jenguk sikit perasaan teman kita.

Taty tak pernah memilih dalam bab-bab berkawan, semua Taty kawan. Alhamdulillah Allah memberi perasaan ini kepada Taty kerana bagi Taty selagi belum berpunya SAHABAT adalah segala-galanya selepas Allah, Keluarga dan selepas itu adalah SAHABAT.

Kadang-kadang hati ini tertanya masih ada ke mementingkan sahabat? Mungkin ada tetapi segelintir sahaja kan? Susah nak cari sahabat yang boleh menangis sama-sama, tidur sebantal, makan sepinggan, bercerita bersama-sama, makan, minum, tengok wayang, makan Tutti Frutti, berbelanja sama-sama, kongsi pengalaman sama-sama, pergi kelas sama-sama, buat kerja sama-sama, solat berjemaah, tengok konsert sama-sama, makan waffle sama-sama, cocok duit sama-sama, beli tudung dengan seledang sama-sama, naik kereta sama-sama, beli buku sama-sama, pergi salon sama-sama. Masih ada ke sahabat yang buat macam ni? Taty masih ada tetapi makin lama makin menyepi tanpa kabar berita. Harap mereka semua masih seperti dahulu.






PS:   Kasih sayang antara kita biarlah sehingga ke akhir hayat :)


Comments

Popular posts from this blog

Sesudah Gerimis.

Keluarga Muhiddin dan Azizah