SATU HARI NANTI !


Disebabkan cuti yang lama sangat ni, Taty teringin sangat nak bercuti dengan satu keluarga tapi disebabkan kekangan masa menyebabkan kami sekeluarga tak ada masa nak bercuti. Setiap orang mesti ada impian mahu ke sesuatu tempat satu hari nanti. Ya ! Taty juga begitu mahu pergi melancong ke seluruh negara tapi itu sudah semestinya mustahil buat masa sekarang.Taty lagi suka pergi melancong macam ke pulau-pulau, dan mandi-manda daripada bercuti ke tempat mahal-mahal kerana nak shopping. Alahai! memang tak minat lah. Tapi kalau ke pulau memang sangat seronok. Jadi inilah antara pulau-pulau yang Taty teringin mahu ke sana. InsyaAllah satu hari nanti.


1.KARAMBUNAI ~







Inilah tempat yang Taty nak pergi sangat-sangat, tapi belum berkesempatan lagi, kerana kekurangan bajet dan masa. Taty tahu mengenai Pulau Karambunai ini pun  Nur Suhada (Pemilik blog Gadispuisi) bagitahu kalau tidak memang Taty tak tahu.. Dia juga mahu ke sini untuk berbulan madu ! Ehemm. Dengan siapa tu? Hik hik. InsyaAllah satu hari nanti Taty akan sampai juga di Karambunai ini tapi rasanya yang Sabah ini mahu pergi dengan keluarga lah sebab jauh sangat kan, kalau hilang kan dah susah. Heee.

2. PULAU SIPADAN~







Pulau yang terletak berhampiran bandar Sampoerna, Sabah ini adalah antara pulau terindah di dunia dan popular dengan aktiviti selaman skuba. Mengikut keputusan undian umum yang dikeluarkan oleh New 7 Wonders of Nature votes commitee, Pulau Sipadan telah tersenarai antara 77 bentuk muka bumi yang ajaib dan terbaik dunia pada tahun 2009.
Pulau Sipadan ! Yeah ! Pulau yang sangat indah dan tenang, cuba tengok gambar-gambar di atas. MasyaAllah sangat cantik lautnya. Rasanya Pulau Sipadan yang paling cantik dan boleh lihat haiwan-haiwan dalam air tanpa perlu menyelam. Lagipun, Taty ni takut air sikit jadi tengok dari atas pun jadilah. InsyaAllah satu hari nanti Taty akan ke sana juga. Kenapa ya Pulau Sipadan ini menjadi pilihan pelancong adalah kerana  kita juga berpeluang berenang bersama penyu hijau yang juga semakin pupus dan paling menjadi perhatian di Pulau Sipada ini adalah dapat melihat ikan jerung white tip reef berenang berhampiran kita., selain itu jika kita berpegelaman dalam scuba driving kita juga menjelajah ke dalam gua granit dasar laut ia pasti memberikan kepuasan sebelum kembali pulang ke rumah. 


3. PULAU REDANG ~









Ini pula pulau impian Taty, sangatlah cantikkan? Untuk pengetahuan semua pulau ini antara pulau yang terbesar dan pulau yang tercantik di pantai timur Malaysia. Laut yang biru menenangkan mata yang memandang. Haiyaaa... Bila lah mahu ke sini? Kalau pergi sorang-sorang pun seronok jugak kan, insyaAllah akan diusahakan ke sana. Yang menarik di Pulau Redang ini kita berpeluang menyaksikan keindahan matahari terbenam dan ini yang menjadi tarikan pelancong untuk menyaksikannya.



4. PULAU PERHENTIAN ~






Ini juga pulau impian Taty, pemandangan yang mendamaikan. Memang sesuai untuk Taty kemungkinan berada di sini Taty akan lebih banyak idea untuk bekarya kan. Hehe. Kalau pergi sini mesti kena cuba semua yang ditawarkan sebab kalau tak cuba mesti menyesal. Lagipun percutian seperti ini memerlukan bajet yang tinggi kerana semuanya harus sendiri. Jika ada sedara-mara di sini senanglah, penginapan dah jimat. Pulau Perhentian ini ada dua pulau iaitu Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar. Selain menikmati keindahan pulau di sini juga ada berbagai-bagai jenis serangga dan tumbuhan yang boleh dilihat dengan lebih dekat. Sangat mendamaikan apabila melihat ombak memukul pantai ! Huaaaa !


5. PULAU TIOMAN ~






Alahai ! Cantiknya ciptaan Allah, tak mampu dah nak memuji kerana terlalu indah ciptaan Allah ! Rasa macam nak duduk sana saja tak nak balik-balik dah. Kalau ke sini jangan lupa mencuba aktiviti selam scuba. Apa yang menarik mengenai pulau ini adalah pulau yang berbentuk peha ayam, dan untuk pengetahuan semua pulau ini bersempadan dengan negeri Pahang dan Johor tetapi Pulau Tioman dipelihara oleh negeri Pahang. InsyaAllah pasti akan ke sana satu hari nanti.


Bilalah berpeluang mahu ke sana ya? Agak-agak tahun depan, 5 tahun akan datang ataupun sudah berkahwin nanti. Hik hik. Apa-apa pun kalau ada masa, reeki lebih insyaAllah sampai Taty ke sana. Pergi melancong ke semua tempat ni perlukan bajet, masa dan waktu yang sesuai kerana jika kekurangan bajet juga menyusahkan, jika masa yang diperuntukan hanya sebentar jadi tak puas jugak nak bercuti dan kalau waktu yang tidak sesuai seperti musim tengkujuh ke, musim panas ke kan dah susah. Jadi perancangan yang baik haruslah diperhatikan dengan baik dan sabar.












Comments

Popular posts from this blog

Sesudah Gerimis.

Keluarga Muhiddin dan Azizah