Keluarga Muhiddin dan Azizah
Ini kakak kami yang pertama dan terakhir dalam keluarga ini. Berusia 30 tahun dan sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang cahaya mata 2 lelaki dan seorang perempuan. Anak yang pertama bernama Muhd Irfan Fahmi berusia 9 tahun. Anak kedua pula Ahmad Shahid berusia 6 tahun. Anak yang bongsu akhirnya mereka dapat anak perempuan setelah 2 tahun mereka mahukan anak perempuan. Suami kepada Kak Ina iaitu abang Long kami bernama Kamis bin Saad. Dengan kakak tak berapa rapat sangat sebab dia dah bekerluarga tapi kami masih boleh tidur sebantal dan main kejar-kejar. Sayang Kak Ina !
Ini pula abang kedua dan anak ketiga dalam keluarga kami. Muhamad Syahir Bin Muhiddin berumur 24 tahun dan sekarang bekerja di Karangkraf sebagai penulis majalah untuk Majalah Libur. Kami sangat rapat sehingga ada yang menyangka kami pasangan ! Hei ! tidak ini abang kesayangan saya. Kenapa dia jadi abang kesayangan saya? Sebab dia rajin bawak Taty jalan-jalan, pergi beli-belah dan paling penting dia sangat penyayang. Kongsi masalah? Sudah tentulah kongsi segala hal. Inilah abang yang paling sporting.
Nur' Izzatty Bt Muhiddin, anak bongsu keluarga ini. Berumur 19 tahun dan kini masih menuntut ASWARA dalam jurusan Penulisan. Taty memang manja kadangkala merimaskan orang disekililing(walaupun orang tak cakap) abang Taty pun layan saja. InsyaAllah akan bekerja dengan gigih dan banggakan seluruh keluarga dan teman-teman. Sangat menghargai kawan-kawan disekelilingnya sehingga lupa pada diri sendiri.
Comments
Post a Comment