SAHABAT SELAMANYA !


Sudah hampir setahun Taty belajar di ASWARA, tetapi baru tahun ini Taty berjaya buat blog kerana kekangan masa yang tidak mengizinkan dan biasalah line menjadi punca utama. Di ASWARA kami seramai 11 orang di kumpulkan menjadi sebuah keluarga bahagia. Kami juga mengharapkan keluarga ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. 

Persahabatan antara kami ini seperti rumput yang segar dipagi hari yang memberi satu semangat baru. Mari kita mulakan yang pertama ataupun orang kata ketua kami. 

"GILALAH" Ini perkataan pertama Abg Long kami apabila dia mendegar berita yang memeranjatkan dia. Abg Pitri, sebagai penyeri keluarga kami dan juga pelawak terkenal ! Yeah ! Lawaknya tak pernah menghampakan kami ( dah macam juri Maharaja Lawak pula). 

Satu bakat yang terpendam dalam diri Abg Long kami ini adalah boleh bermain gitar dan menyanyi (ala-ala najwa latif kan?).






Kakak Shikin ! Kakak Shikin ni satu yang Taty sayang dia sebab suka ajak lepak bilik diorang lama-lama, kalau Taty nak balik mesti dia cakap "nantilah Taty, lepak dulu". Jadi aku pun apa lagi lepak lah dulu. Rajin teman Taty dan Sue jalan-jalan. 

Kakak Shikin ni peneman setia Sue, di mana ada Sue di situ ada Kakak Shikin. Setiap masa bersama !

Nanti kita pergi jalan-jalan lagi ya, itulah ayat pertama bila kami sudah balik jalan dan ayat itu akan keluar dari mulut sama-sama~








Penyanyi dan Penulis ! Jejaka hensem lagi kacak bergaya itu tagline untuk mamat romeo ni. Dekat ASWARA memang si dia lah yang menjadi idaman kata orang "Prince Charming" lah. Untuk pengetahuan semua jejaka berbaju putih ini penyanyi untuk band sendiri, tak salah nama kumpulan dia PARASITE kot, tak caya cari dalam goggle mesti ada punya lah.
Jejaka ini suka sangat kacau Sue sampai kadang-kadang Sue mengamuklah jugak. Heeee. Suara dia sedap jugaklah, agaknya mungkin sebab itulah ramai yang minat dia. Hik hik hik..

Semoga berjaya dalam bidang yang diceburi ya Safwan !





Yoko Yoko Nfox ! Itu nama facebook milik Cik Raihana Bt Ambok Dalek. Karya Ana sangat hebat ataupun orang kata uniklah tapi karya dia terbaik sebab dia menganggkat tema-tema yang kami jarang gunakan ! Teruskan Ana ! 

Ana juga sekarang dah jadi pelakon katanya ! Semoga Ana berjaya dalam bidang yang diceburi ya!








Tahu tak kenapa Taty letak gambar ini di tengah-tengah? Sebab dialah Kawan Baik Taty ! Teman Baik Taty, Sahabat Baik Taty, dan juga Teman Gaduh Taty ! hik hik. Kami bersahabat sama saja dengan kawan-kawan yang lain tetapi disebabkan kami sekepala itu yang buat kami rapat. Muhamad Idris bin Jamal Abdul Nasir a.k.a Ayie Comel ! 

Karya dia selalu bertemakan realiti macam haritu dia buat karya mengenai kematian Mona Fendy tau ! Terbaik Ayie ni ! 

Sayang sahabat Taty lah ! Tapi kalau kami bergaduh selalunya Taty lah yang akan mengalah sebab Taty tahu dia takkan mengalah punya. Hehehe ! Dan paling penting dia penghalang dari Taty melaburkan duit untuk shopping ! Selalu ayat dia " Taty jangan beli, kan U dah banyak tudung macam ni" Aku pun letak balik tudung tu :)


"Sue tak habis ni, makanlah sikit" untuk Sue pula Taty rasa tagline ini sangat sesuai kerana setiap kali dia makan pasti tak habis. Tak pernah tengok dia hasbi makan walaupun dia sangat lapar waktu itu. Pelik kan sue ni? 

Sue sangat hebat dalam berkarya, bahasa dalam karya dia sangat indah sampai kalau Taty nak baca kena ada Kamus Dewan. Itu menunjukkan Sue banyak pengalaman dan rajin membaca. 

Dia suka tudung bawal yang ada bunga2 atas kepala tu. Dia juga rajin teman Taty beli tudung baru di Jalan TAR. Teman ke pasar malam juga ! Hik hik. Dia kakak sangat yang ambil berat dengan Taty,sampai sanggup turun bawah sebab nak tengok sihat ke tidak ! Sebab itu sayang Sue !




Baiklah dijemput semua para hadirin bangun seketika dan berikan sedikit pandangan ikhlas dan senyuman untuk penulis blog terkenal ! PakTam Puitis. blogspot ! maaf ya Faizul kalau terbaca apa yang Taty tulis, saja nak bergurau dengan Faizul. Hik hik. Faizul pula ada bakat nak jadi YB ni, sebab pandai berkata-kata. Hehe. Jangan lupa belanja Taty makan ya, sebab Faizul dah janji tapi Faizul lupa ni.

Teruskan menulis ya, walaupun banyak onak dan duri. InsyaAllah kita semua akan menggengam segulung ijazah sama-sama. Huuu :)



Aui ! Apa kabar di Sabah? Sihat? Sampaikan salam Taty kepada Karambunai ya ! Jejaka ini wajahnya seperti Radhi OAG dan En. Jazmi kan? Cuba tengok betul-betul kalau tak percaya pakai kanta. Haha. Maaf Aui, Taty bergurau saja. Karya-karya Aui macam mana ya? Taty tak tahulah sebab tak rapat, tapi apa yang Taty tahu karya Aui hebat sebab memerlukan pemikiran yang tinggi. Hebat lah mu awei ~ Nanti balik dari Sabah jangan lupa beli cenderahati ya :)





Muhd Zahid Bin Zaki, pemilik nama si comel lote ni ! Dia lagi hebat tahu. Sebab ramai pensyarah suka si Zahid ni. Lepastu hormat orang dewasa dan pandai ambil hati orang. Karya Zahid selalunya bercerita mengenai hal sekarang, tapi bahasa dalam karya pergh !! Dahsyat giler lah )kata-kata Awie dalam cerita Zombi Kampung Pisang) haha. Apa-apa pun tahniah Zahid, teruskanlah bekarya ya.

Nanti bawak kami jalan-jalan, lepastu mandi sungai rumah Zahid ya :)








Ini yang terakhir iaitu Azli a.k.a Siti Nurhaliza. hik hik. Taty sangat suka suara dia sehingga tak boleh tidur malamlah kalau dengar suara dia. heee. suara dia macam Allahyarham Sudirman tau, siapalah isteri yang beruntung dapatkan Azli nanti sebab kalau Taty dapat suami yang pandai menyanyi sebelum tidur suruh dia nyanyi satu lagu. hehehe. Ops! Kita dah jauh tersasar.
Azli ni peminat menulis karya berunsurkan mistik. Rasanya dia seorang saja yang menulis karya mistik ini. Tak apalah janji dia ada identiti  diri sendiri. Nanti nyanyikan Taty lagu ya kalau kita jumpa. hehehe.








          
  Kita berjalan bersama-sama, 
 Meredah lautan dengan senyuman
 Abg Pitri sebagai tunjang persahabatan
Selalu beralah dalam segala hal
Kreativiti Aui tiada tandingan
Kebijaksanaan Suhada menterjemahkan puisi
Sangat bersopan santun ditemani senyuman lembut
Kepetahan Ana berbicara menimbulkan banyak spekulasi
Zahid yang sering menterjemahkan isi hatinya melalui puisi pasti akan dirindui nanti
Faizul yang sering berada jauh diawang-awangan menjadi titik persoalan
Ayie,  yang selalu dengan gelang pemberian sempena hari jadi menjadi hiburan kami di dalam bilik kuliah
Shikin yang sering tertawa membuatkan aku merinduinya
Azli yang selalu berdiam diri tetapi apabila mula bersuara menggetarkan sukma sesiapa yang mendengar
Kepetahan safuan mengutarakan sesuatu persoalan membuatku tersenyum
Dan aku masih tetap aku
Masih dengan jiwa sensiviti yang tinggi
Namun ada juga yang ku biarkan
Inilah kita sekeluarga
Menyemai kasih bersulamkan sayang
Berjanji bersama selama-lamanya                          
Takkan ada perpisahan yang kedua kalinya...




Dan untuk yang terakhir di sini Taty ada sebuah video yang mampu mengamit kembali memori kita semu, jadi hayatilah video ini sebaik mungkin kerana video ini memberi seribu makna untuk kita semua..
Layan~



       Taty sayang semua kakak, abang,sahabat,teman dan rakan dalam keluarga kita ini. Semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat. Buang yang keruh, ambil yang jernih ya !


















Comments

Popular posts from this blog

Sesudah Gerimis.

Keluarga Muhiddin dan Azizah