Posts

... Berhenti Berharap 2

Image
Assalammualaikum... Aku pulang dengan seribu kekecewaan bahawa kami akan berpisah. "Hannah, kau kena kuat. Pergi dia ke sana bukan utnuk suka-suka tetpai untuk kesejahteraan kau bersama dan kau perlu ingat kau belum sah jadi milik dia. Kau hanya kawan pemberi semangat kepada dia sahaja. Kau bukan sesiapa di sisi dia" Tegur Sofea sambil memegang tangan ku. "Aku bahagia dan aku gembir mendengar perkhabaran dari dia tadi. Cuma aku tak tahu kenapa aku jadi begini pula" Hamparan di kaki yang tadi elok saja kini sudah berselerak dek kerana aku memaut lembut kaki Sofea. Kawan sejak menjejakkan kaki di universiti sehingga kini. Dia yang memperkenalkan aku kepada Arjuna. Kawan yang bertanggungjawab melihat seribu satu masalahku. Dia adalah segala-galanya padaku. "Hannah, selagi belum akad nikah yang sah kau bukan sesiapa di hati dia. Kau hanya kawan atau teman seperjuangan dia" Sofea berulang kali menyebut pekara itu. Di luar sana hujan rintik-rintik ...

....Berhenti Berharap

Assalammualaikum... Di hujung hening senja ini, aku merafakkan syukur ke hadrat illahi kerana aku masih boleh bernafas di muka bumi ini. Semalam, si Arjuna datang membawa sepucuk surat berwarna coklat pekat. Di hadapan sampul itu ada setem yang tertulis Kuala Lumpur dan tarikh itu hari ini. Maknanya pertemuan ini mesti akan ada sesuatu berita yang mengembirakan atau mengusarkan hatinya. Aku menunggu di kerusi taman itu, menunggu dengan seribu pengharapan bahawa arjuna datang membawa berita yang mengembirakan bukan yang menyedihkan. Angin petang itu lembut menampar lembut pipi ini ditemani juga sekawan bangau. "Damai benar petang ini" di dalam benaknya berkata-kata. "Assalammualaikum, ya Hannah" lembut tutur sang pemilik suara si arjuna itu. "Waalaikummusalam, Arjuna" Aku mengganguk lalu menunduk wajah. Tidak mampu hendak bertentang mata   kerana timbul perasaan yang tidak sepatutnya ada dalam hati ini. "Arjuna ada bawa perkhabaran dari bum...

Salam Terakhir

Assalammualaikum. Lirik Bila Waktu Telah Berakhir - Opick Bagaimana kau merasa bangga Akan dunia yg sementara Bagaimanakah bila semua hilang dan pergi Meninggalkan dirimu Bagaimanakah bila saatnya Waktu terhenti tak kau sadari Masikah ada jalan bagimu untuk kembali Mengulangkan masa lalu Dunia dipenuhi dengan hiasan Semua dan segala yg ada akan Kembali padaNya Bila waktu tlah memenggil Teman sejati hanyalah amal Bila waktu telah terhenti Teman sejati tingallah sepi Mungkin semua dapat tahu apa yang sebenarnya aku nak tulis kali ini. Permergiaan seorang yang sangat bermakna dalam hidup kami sekeluarga. Pemergiaan sebutir permata yang masih kami perlukan untuk menyambung kekuatan darinya. Al-Fatihah untuk Kamariah Binti Md Nor.  Jam 9.00 malam Malam selasa minggu lepas, kami dikejutkan apabila Mak Wok harus dihantar semula ke Hospital Melaka. Waktu itu kami bungkam dalam diri masing-masing. Kami terkedu apabila Mak Wok dikejarkan semula ke hospital. Sampai ...

Kisah malam itu.

Assalamualaikum... Malam itu, angin kelabu dan hujan mula lebat. Selebat seperti hatiku. Aku mencapai telefon bimbit dan menghantar pesanan ringkas kepada kakak angkatku. Menyatakan aku dalam sendiri dan memerlukan seseorang. "Akak, sampai hati dia buat begini pada aty?" Aku mengelap airmata dan terus keluar dari bilik. "Kenapa ni aty? Suara macam orang bergaduh saja. Cuba cerita dengan akak. Jangan di simpan sayang" Aku diam dan terus menangis. "Sampai hati dia biarkan aty sendiri, lalui liku hidup ini sendiri. Apakah dia lupa kami pernah sama-sama suka duka" Hujan masih lebat, guruh makin berdentum. Semalam seperti memahami jiwa ini. Teringin juga ingin berkongsi rasa dengannya. Tapi rasa tak mampu untuk hadapinya sendiri. Jam 12 tengah malam hujan masih lebat dan masih kelam. Daun-daun pokok yang sering kita sentuh sebelum menuju ke kelas masih juga basah. Sebasah hati kami. "Aty, dah banyak kali akak ulang pada aty supaya kuat dan sa...

Selamat Ulangtahun Awak :)

Image
Asalammualaikum, rasanya dah lama sangat tak menatap blog. Kerana terlalu banyak kerja yang utama jadi Taty harus dahulukan yang utama dari yang lain. Untuk kali ini, blog Taty mengenai ulangtahun seseorang yang pernah menjadi yang terbaik untuk Taty Selamat Ulangtahun Awak. Ucapan yang pertama yang Taty nak ucapkan kepada awak adalah : Semoga panjang umur Semoga murah rezeki Semoga mendapatkan apa yang awak impikan Semoga menjadi seseorang yang membanggakan seluruh ahli keluarga awak Semoga menjadi seorang yang setia seperti sebelum ini Semoga mendapat pekerjaan yang sesuai dengan kerjaya awak Semoga menajdi anak yang soleh kepada kedua ibu bapa awak Semoga awak kuat menghadapi dugaan hidup Semoga awak tetap dengan janji-janji dahulu dan Semoga awak sentiasa berada yang terunggul di dalam hati kepada semua orang sekeliling awak. Kali ini ucapan saya lebih panjang dari sebelum ini, kerana saya dah matang bukan macam dulu. Tak matang dan sengal-sengal. Semoga awak ba...

Untuk dia.

Image
Assalammualaikum, kali ini saya menitipkan kata-kata untuk peneman saya. iaitttttuuuuuu...... Inilah kakak kesayangan saya NorAmira binti Mohd Redzuan Fakulti Penulisan Kreatif, Aswara Macam mana ya permulaan perhubungan kita ya? Tak pastilah, tapi apa yang penting pertemuan kami bermula dengan atok iaitu Shaurin, jadi dari situ kami mula berkenalan sehingga sekarang dan selamanya. KEISTIMEWAAN KAKAK KESAYANGAN Penyayang Setia Sangatkan sayangkan kanak-kanak Ambil berat Mungkin sebab apa kami semakin rapat adalah kami mempunyai jiwa yang rapuh kadangkala tetapi saling mendekatkan diri sesama. Kedua, nenek suka mencari Taty di kala Taty sakit, rapuh dan bahagia. Taty sayang nenek ni macam teman rapat taty yang lain sebab nenek dah macam kawan jugak. Tapi nenek lain sikit sebab suka buat Taty gelak dan tertawa. Ini bukti nenek sayangkan kanak-kanak, setiap gambar mesti gambar budak ekcik cenonet tu. Seterusnya, walaupun nene...

Selamat Hari Lahir Taty =)

Image
Assalammualaikum =) Semalam genap usia Taty sudah berusia 20 tahun tepat. Usia yang dah matang tapi perangai amcam budak-budak lagi. kihkih. Malam 20-3-2013, Taty dah tidur lepastu semua lampu tutup dan mereka kejutkan Taty sambil bawak kek yang ada lilin ! Masa itu hanya Allah sahaja yang tahu betapa terharu, sedih, gembira, dan hebat kerana mereka sanggup luangkan masa, kongsi makanan dan buat rancangan untuk Taty. Kali ini birthday sangat-sangat terharu. Alhamdulillah.  Pagi itu lepas solat subuh, dapat whatsapp dari abang kesayangan beta iaitu Abang Syaer sebab hantar gambar-gambar di atas. Ya Allah, ini lagi satu kejutan untuk Taty sebab abang taty punyalah rajin tangkap gambar mereka semua. Mari Taty kenalkan artis satu-persatu kotak pertama "Najwa Latif" artis kedua "Kaka", "Cik Tah", "Kumpulan Sleeq", dan "Dina". Inilah kejutan yang Abang Syaer saya dah janji nak buat kejutan, tapi kalau seronok dia bawa sa...