Posts

Walaupun Bukan Mudah

Image
Semenjak dua menjak ini aku dihantui kembali kenangan lalu. Kawan-kawan masa diploma, memang menipulah kalau aku dah hilang rindu pada mereka. Aku ingat lagi bila kalau lalu bawah lorong nak ke Kedai Makan Pak, mereka akan sedaya upaya mengacau aku sampaikan aku pernah menjerit dan butang tudung tercabut. Punyalah kuat aku menjerit sampai boleh tercabut, tapi lepas itu pandailah abang long aku pergi beli yang baru. Itu baru sebahagian. Banyak lagi kisah yang aku nak coretkan tapi aku takut masa aku tulis nanti, aku nangis. Ada pernah sekali kami sekelas keluar pergi Masjid Jamek semata nak teman aku berjalan-jalan. Habis kelas semua terus hilang. Itu antara kenangan yang paling aku ingat sampai sekarang. Lepas habis PeTA semua dah sibuk dengan tujuan hidup masing-masing. Ada yang nak sambung belajar, ada yang memilih untuk berkahwin, ada yang memilih untuk berniaga, memilih untuk bekerja di negeri kelahirannya, ada yang mahu bekerja sementara dan ada juga yang mahu melansungkan perkah...

Itu Semua Ketentuan Takdir.

Takdir? Sebuah percaturan yang telah Allah tetapkan untuk sesuatu peristiwa itu. Kau makan sekarang, itu takdir. Kau bercinta sekarang, itupun takdir. Kau sihat atau sakit sekarang, itu juga takdir. Kau bekerja dimana dan bagaimana juga itu takdir. Kau berkahwin tetapi tiba-tiba putus tengah jalan, itu juga takdir. Tiba-tiba selama ini kau selalu diberi anugerah kerana menjadi pekerja atau pelajar contoh tapi satu hari kau dipecat kerana ada satu kesalahan, itu juga dipanggil takdir. Cuba kau bayangkan, satu hari kau sedang memandu kereta dengan cermat sekali tetapi tiba-tiba disebabkan kesalahan orang lain kau kemalangan, dan itu juga adalah takdir yang tak dapat dielakkan. Semua itu sudah ditetapkan olehNya. Jangan sesekali engkau hendak merubah takdir. Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula),...

Bagaimana?

Image
Bagaimana aku belajar menjadi tabah di balik kehancuran ? Bagaimana aku belajar menjadi kesetiaan di balik kecurangan ? Aku belajar semua ini daripada pemerhatian dan... Aku juga turut merasainya sekali Bahawa sakitnya penderitaan itu tiada berbelah bahagi. Rindu :( Taty 1.59 AM   24 Disember 2014

Anak Sulong Saya...

Image
Assalammulaikum... Makin sibuk makin terbantut masa nak menulis sesuatu di blog. Serta kekurangan idea untuk menulis sesuatu. Tetapi hari ini ada sesuatu yang di kongsikan. Bukan riak atau bangga diri tetapi sekadar hendak berkongsi bahawa saya sudah melangkah ke hadapan sedikit demi sedikit walaupun lambat. Karya Terbit di Majalah Tunas Cipta keluaran bulan Disember... Alhamdulillah. Syukur sangat pada Allah. Dengan izin Dia, karya saya tersiar di majalah. Ini yang dikatakan anak sulong saya. Pengkahiran tahun 2014 yang indah buat saya. Serta hadiah untuk ibu bapa saya yang tidak seberapa. Syukur kepada Illahi. Akan terus menulis dan menulis serta menulis kerana Allah, keluarga, agama dan masyarakat kini.  Taty  2.09 a.m 5 Disember 2014

Cinta Itu Riwayat Hidup

Bagaimana cara kau belajar melepaskan Sedangkan hati kau tidak rela Semalam adalah satu hari yang hangat Kau kembali menjejak rindu dalam syahdu Menggulang puisi bersama rindu. Sebuah perasaan yang aneh Sehingga kau perap dan ia akhirnya menjadi debu Akhirnya kelam, tiada cahaya walaupun sedikit cuma Musnah... Taty 12.21 am 27/11/2014

Setelah Sekian Lama

Usai menyudahkan beberapa kerja yang tergendala tadi. Aku membetulkan kedudukan di kerusi lalu mengambil telefon bimbit. Beberapa pesanan ringkas laju saja aku membalas kerana beberapa perkara penting yang dihantar oleh kawan-kawan dari teman sekuliah. Memberitahu bahawa jam berapa mahu menghantar PeTA kepada penyelaras. "Taty, awak PeTA tahun ini. Percaya tak awak dah sejauh ini melangkah?". Tanya sahabat lamaku. Aku mengelap airmata. Berbuat seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. "Ya, tahun ini Taty PeTA. Taty pun tak sangka Taty dah sejauh ini melangkah. Walaupun lambat langkahannya tapi Taty dah sampai kemuncaknya. Alhamdulillah". Aku menjawab lalu ke bilik air mahu membersihakan wajah dari airmata. Beberapa sahabat di dalam bilik, perasan perubahan pada wajahku. "Apa awak rasa? Mesti tak sabar nak habiskan ?" Tanya dia lagi. Aku membiarkan sebentar telefon itu berbunyi. Aku mula menumpukan kerja yang mahu di hantar sebentar lagi. Bilik yang ...

Hujan Datang Lagi

Image
Dalam sibuk menguruskan kerja-kerja di semester terakhir ini aku semakin lupa untuk merehatkan diri. Lupa untuk memberi masa kepada otak untuk berehat sambil memandang pada alam. Alam yang tak pernah lupa dan menipu kepada kita. Petang itu, hujan turun lagi. Aku memilih kata tiga sama ada mahu meredah atau sama ada menunggu hujan reda atau membuka payung itu. Lama nak menunggu untuk memilih satu kata itu. Lama-lama menung pun tiada memberi kesan kepada aku.  Wanita dihujung itu masih terus berlari sambil memegang begnya dari dibasahi hujan senja itu. Pakcik tua itu baru sahaja keluar dari bangunan dan terus sahaja mengeluarkan payung dan berjalan malas menuju ke Perhentian Lrt Setiawangsa. Kanak-kanak kecil di kawasan perumahan itu berlari-lari sambil mendepakan tangan dan menikmati nikmat hujan itu dengan sepuas-puasnya. Aku? Masih menanti, dengan tiga jawapan yang tiada kesudahannya. Makcik disebelah aku setia menanti hujan tanpa ada rasa bersalah sama ada mahu m...