Posts

Selamat Ulangtahun Abang Iwan..

Image
Assallamualaikum... Kali ini entry mengenai abang saya iaitu bernama Muhammad Syazwan bin Muhiddin. Inilah orangnya. -Seorang abang yang penyayang dan garang sikit. Apa yang buat saya menghargai dirinya adalah cara didikan dia. Dia sama sekali tidak menyukai saya bercinta semasa belajar jadi sampailah saya single. Lagipun sebenarnya saya hargai cara didikan itu sebab mendidik saya supaya tidak leka dan cuai. -Abang Iwan ni jugak suka belanja kami walaupun dia tahu waktu kami dah kekenyangan tapi dia tetap jugak nak belanja. -Abang Iwan ni jugak suka paksa kami kalau kami tak ikut apa yang dia suruh, yang selalu jadi mangsa adalah saya dan Abang Syaer jugak. Dia akan paksa kami sehingga kami ikut apa yang dia suruh. hehe. -Abang Iwan jugak suka sangat lepak sambil minum-minum walaupun dah jauh lewat malam. Rindu pulak dengan dia ni. -Di samping itu jugak, kalau suruh dia karaoke lagu Awie, memanglah tak lena malam sesiapa benar. Suara dia lebih kurang lagi-lagi ...

Sebab kami sentiasa rapat.

Image
Ini sebab kami sentiasa bersama dan bersama.  16 konsep kami utuh bersama sehingga kini... Assalammualaikum. Disebabkan terlalu sibuk dengan kerja yang semakin meninggi. hehe, tapi tetap jugak menghabiskan masa sekejap untuk berkongsi apa yang patut. Buat kata BFF saya, dah lama tak tengok u post apa-apa dekat blog. hehe. Kali ini saya realisasikan harapan dia untuk bulan februari. Kali ini mahu bercerita mengenai si dia yang rapat dengan saya. Macam belangkas buat kata orang sekeliling, tapi memang betul pun apa yang diperkatakan oleh orang ramai. Pekara yang utama: 1) Si BFF boleh menahan hujan, panas ribut taufan hanya sebab nak temankan saya pergi cari tudung di Jalan Tar yang serius sesak dengan orang ramai. 2)Kami boleh serapat yang mungkin kerana kami berdua memang suka makan sushi walaupun dalam kuantiti yang banyak dan kami sudah kenyang waktu itu. 3)Kami berdua suka bergosip dan melepak walaupun waktu itu hanya kami berdua kami boleh layan melep...

Satu masa kita akan melaluinya

Assallammualaikum.. Dah lama tak update sebab terlalu sibuk dengan kehidupan seorang pelajar. Heee. Kata seorang sahabat "satu masa dan ketika kita akan merasa kehilangan. Jadi, awak kena mula dari sekarang untuk berlatih merasainya". Agak terkejut tetapi bila membaca petik-petik kata dari sahabat itu tapi bila difikirkan kembali memang benar bahawa sesebuah perhubungan itu akan merasa kehilangan. Kata seorang sahabat lagi "untuk mencari keindahan persahabatan itu adalah apabila mereka sama-sama merasai jatuh bangun tanpa ada erti putus asa" Wahai sahabatku, untuk merasai sebuah kehilangan itu haruslah kita menguatkan diri masing-masing sebelum menghadapinya. Teman, bukanlah banyak kenangan kita bersama-sama, tetapi satu pintaku kenang daku dalam doamu.      love xoxo Nur izzatty*

INI SATU DUGAAN

Image
SAAT HILANG DIRI INI... Apabila dihimpit masalah ini Aku rapuh Aku lemah Tanpa ada semangat yang kuat Aku mencari dirimu  Mencari ke mana kau hilang Mencari ke mana kau mendiamkan diri? Ke mana harus aku temui kau? Dimana ?

Semangat Baru

Image
SEMANGAT ITU.. "Sue, Taty tak kuat nak hadapi dugaan ini, terlalu berat dugaan yang Allah beri pada Taty" luahku apabila ada masa kelapangan. "Dugaan apa kali ini, Taty? Luahkan pada Sue". "Saat dia hilang di sebalik tirai hijau, aku tercari-cari mana dia menghilangkan dirinya. Kenapa dia tinggalkan aku sendiri?" "Taty, dia sentiasa ada dalam hati tetapi tidak di depan mata" Aku terkesima, aku terdiam. Kenapa dia begini? Kenapa dia begitu? Pelbagai soalan muncul di dalam benak ini .

REMUK

Image
BIARLAH KISAH INI TERHENTI DI SINI.. Seperti pepatah melayu "Yang pergi tetap akan pergi" Sehingga kini aku memegang prinsip itu dan berharap dia juga begitu. Dia sudah berubah.. Berubah dengan tahap yang drastik, aku masih memikirkan apa yang membuat dia jadi begitu. Adakah salahku? Adakah masa yang merubah segalanya? Atau dia memang ingin berubah? Persoalan ini masih belum terjawab sehingga kini. Persoalan yang kami tertanya-tanya sehingga kadangkala menimbulkan fitnah. Sampai bila persoalan ini akan terjawab? Siapakah yang memulakan jawapan? Dia atau aku? Ya, kau memang hebat. Hebat dalam berkata, hebat dalam pergaulan, hebat dalam harta benda, hebat dalam paras rupa. Tetapi apa yang kau dapat jika kau berpaksi semua itu, ia tidak memberi apa-apa keuntungan, kemewahan kepada kau. Berhentilah dari membuat janji dan tidak mungkin kau tepati. Ingat !

Ku Tunggu Mu Di Sana

Image
"TILL JANNAH" Kehidupan ini mengajar aku apa itu kemanisan bersabar. Kemanisan dalam kehidupan ? Kemanisan dalam persahabatan ? Kemanisan dalam kekeluargaan ? Atau kemanisan dalam bercinta ? Masih belum jumpa makna-makna disebalik semua itu. Mungkin belum tiba masanya. Malam itu,  " Saya tunggu awak di sana" Kemas dan jujur ayat itu diontarkan "Kalau saya yang pergi dahulu?" "Kita janji didunia, kita tunai di akhirat" Lelaki berkopiah berjubah hitam manis menuturkan kata-kata. "InsyaAllah" Mereka berlalu meninggalkan bangku dan gugurlah bunga-bunga seperti merahmati juga kepergiaan mereka. Sayang, kasih kita ibarat putus ditengah jalan, terhenti di laluan panjang, terjaga dari lena dan ibarat laut tenang disambar ombak yang tidak bertepian. Susah untuk digambarkan betapa hati ini berat untuk melepaskan dan dilepakan. Saya terpaksa dalam keadaan yang memaksa. Maafkan lah. " Masih belum terlambat lagi unt...