Posts

Satu masa kita akan melaluinya

Assallammualaikum.. Dah lama tak update sebab terlalu sibuk dengan kehidupan seorang pelajar. Heee. Kata seorang sahabat "satu masa dan ketika kita akan merasa kehilangan. Jadi, awak kena mula dari sekarang untuk berlatih merasainya". Agak terkejut tetapi bila membaca petik-petik kata dari sahabat itu tapi bila difikirkan kembali memang benar bahawa sesebuah perhubungan itu akan merasa kehilangan. Kata seorang sahabat lagi "untuk mencari keindahan persahabatan itu adalah apabila mereka sama-sama merasai jatuh bangun tanpa ada erti putus asa" Wahai sahabatku, untuk merasai sebuah kehilangan itu haruslah kita menguatkan diri masing-masing sebelum menghadapinya. Teman, bukanlah banyak kenangan kita bersama-sama, tetapi satu pintaku kenang daku dalam doamu.      love xoxo Nur izzatty*

INI SATU DUGAAN

Image
SAAT HILANG DIRI INI... Apabila dihimpit masalah ini Aku rapuh Aku lemah Tanpa ada semangat yang kuat Aku mencari dirimu  Mencari ke mana kau hilang Mencari ke mana kau mendiamkan diri? Ke mana harus aku temui kau? Dimana ?

Semangat Baru

Image
SEMANGAT ITU.. "Sue, Taty tak kuat nak hadapi dugaan ini, terlalu berat dugaan yang Allah beri pada Taty" luahku apabila ada masa kelapangan. "Dugaan apa kali ini, Taty? Luahkan pada Sue". "Saat dia hilang di sebalik tirai hijau, aku tercari-cari mana dia menghilangkan dirinya. Kenapa dia tinggalkan aku sendiri?" "Taty, dia sentiasa ada dalam hati tetapi tidak di depan mata" Aku terkesima, aku terdiam. Kenapa dia begini? Kenapa dia begitu? Pelbagai soalan muncul di dalam benak ini .

REMUK

Image
BIARLAH KISAH INI TERHENTI DI SINI.. Seperti pepatah melayu "Yang pergi tetap akan pergi" Sehingga kini aku memegang prinsip itu dan berharap dia juga begitu. Dia sudah berubah.. Berubah dengan tahap yang drastik, aku masih memikirkan apa yang membuat dia jadi begitu. Adakah salahku? Adakah masa yang merubah segalanya? Atau dia memang ingin berubah? Persoalan ini masih belum terjawab sehingga kini. Persoalan yang kami tertanya-tanya sehingga kadangkala menimbulkan fitnah. Sampai bila persoalan ini akan terjawab? Siapakah yang memulakan jawapan? Dia atau aku? Ya, kau memang hebat. Hebat dalam berkata, hebat dalam pergaulan, hebat dalam harta benda, hebat dalam paras rupa. Tetapi apa yang kau dapat jika kau berpaksi semua itu, ia tidak memberi apa-apa keuntungan, kemewahan kepada kau. Berhentilah dari membuat janji dan tidak mungkin kau tepati. Ingat !

Ku Tunggu Mu Di Sana

Image
"TILL JANNAH" Kehidupan ini mengajar aku apa itu kemanisan bersabar. Kemanisan dalam kehidupan ? Kemanisan dalam persahabatan ? Kemanisan dalam kekeluargaan ? Atau kemanisan dalam bercinta ? Masih belum jumpa makna-makna disebalik semua itu. Mungkin belum tiba masanya. Malam itu,  " Saya tunggu awak di sana" Kemas dan jujur ayat itu diontarkan "Kalau saya yang pergi dahulu?" "Kita janji didunia, kita tunai di akhirat" Lelaki berkopiah berjubah hitam manis menuturkan kata-kata. "InsyaAllah" Mereka berlalu meninggalkan bangku dan gugurlah bunga-bunga seperti merahmati juga kepergiaan mereka. Sayang, kasih kita ibarat putus ditengah jalan, terhenti di laluan panjang, terjaga dari lena dan ibarat laut tenang disambar ombak yang tidak bertepian. Susah untuk digambarkan betapa hati ini berat untuk melepaskan dan dilepakan. Saya terpaksa dalam keadaan yang memaksa. Maafkan lah. " Masih belum terlambat lagi unt...
SEBENING KASIH AYAH :) Peluh keringatmu menjalar di dadamu Ayah Sepasang kaki yang sudah membengkak terpaksa juga melangkah  Ayah Mata yang redup itu sudah cukup menjadikan bukti mu sudah penat  Ayah Rambut yang sudah memutih itu menampakkan lagi sepatutnyamu  dirumah saja Ayah Baju lusuhmu yang masih kekali tergantung menampakkan kamu masih  ada tanggungjawab pada alam Ayah Urat-urat ditanganmu jelas kelihatan betapa beratnya kisah  hidupmu Ayah Kudis-kudis kaki yang sudah kematu menujukkan betapa deritanya  dalam kehidupanmu Ayah Misai dan janggut yang sudah tidak seperti dahulu menampakkan  lagi bahawamu tiada masa mahu mengemaskannya Ayah Badan semakin kurus, kulit semakin kasar, jalan semakin perlahan,  pergerakan pun semakin lemah Ayah Tika ini Putra Putrimu ini sudah bersedia mengambil alih tempatmu Ayah Tempat yang sepatutnya sudah lama kami galas tetapim...
Image
KASIH  Kasih dia tak pernah bertandang Mengharap sinar pun belum pasti Apa yang ada hanyalah sebuah harapan Kemungkinan dengan cara itu sahaja KASIH Bagi dia tiada apa yang nak dikasihi Mungkin caranya berbeda Cara ku juga berbeda Apa yang tidak berbeda hanyalah apabila  Kasih sudah melekap di kalbu Hargailah tean disekeliling kamu wahai sahabat, sesungguhnya teman yang paling setia menemani kamu. Jangan hanya mahu menjaga perasaan kekasih saja, sesekali jenguk sikit perasaan teman kita. Taty tak pernah memilih dalam bab-bab berkawan, semua Taty kawan. Alhamdulillah Allah memberi perasaan ini kepada Taty kerana bagi Taty selagi belum berpunya SAHABAT adalah segala-galanya selepas Allah, Keluarga dan selepas itu adalah SAHABAT. Kadang-kadang hati ini tertanya masih ada ke mementingkan sahabat? Mungkin ada tetapi segelintir sahaja kan? Susah nak cari sahabat yang boleh menangis sama-sama, tidur sebantal, makan ...