Posts

Akhiri Penantian Ini

Tuhan itu Maha Baik Sering memberi apa yang diminta hambanya Walaupun kadang apa yang diminta oleh hambanya Melampui batas... Tuhan itu Maha Penyayang Menemukan walau dipaksa memakan masa yang panjang Kerana Dia sedar hamba itu tak pernah mengalah Walau dalam benak sering terkalah Tuhan itu Maha Pemaaf Memberi kemaafan tanpa disekat Kerana Dia tahu hamba itu akan kekal memohon kemaafan Walau sering saja culas meminta kerana terlupa Terima kasih Tuhan kerana menemukan walaupun lewat. Kerana yang lewat itu bisa saja jadi yang terbaik dalam hidupnya.
Sanubari Zaty Dean Di kejauhan rasa ini Mula terbentang hamparan rindu yang kelam Saat dia mengetuk pintu hati Tergugat jiwa dek salah sendiri Jauh-jauh terbang ke langit Jangan dilupa rumput di bumi Di celah-celah kehidupan Sukma bergetar memohon pada illahi Moga tiada dendam di lubuk sanubari Kelmarin, perasaan ini dihantui lagi. Berulang kali sebenarnya aku halang namun makin dihalang makin dia menghampiri. Perasaannya lain, lain daripada biasa. Namun, aku tahu Tuhan maha mengerti apa yang terbaik untukku. Nur ‘Izzatty Muhidin 17 Mac 2015

3 Perempuan Pencari Tuhan

Image
Petang yang damai kelmarin, dua sahabat dalam perjalanan Ustaz kesayangan mereka. Dari hari isnin sehingga ke hari jumaat semangat mereka berkobar-kobar. Tidak sekobar mereka bertemu orang lain. Aku yakin mereka sudah jatuh dengan curahan ilmu yang diberikan oleh Ustaz terbabit. Aku juga terkesan ketika pertama kali mendengar ilmu-ilmu yang diberikan Ustaz itu. Namun, minggu ini aku ada hal yang tidak boleh dielakkan maka aku tidak dapat menghadirkan diri ke majlis ilmu yang penuh barakah ini. Tidak mengapa, Insya Allah minggu hadapan pergi. Sekembalinya mereka dari masjid itu, pagi itu kami berjanji untuk berjumpa di KL Sentral untuk menikmati makan tengahari. Sudah lama tidak makan bertiga, selalunya berdua dan kadangkala dia sendirian. Hari ini masing-masing berjanji hendak berjubah hitam mencari tempat-tempat menuju jalan Allah. berpegangan tangan persis anak kecil yang mendakap tangan ayahanda bonda. Ohh, aku rindu Puan Azizah dan Encik Muhiddin. Sungguh rindu ini satu hembus

Semester Baru

Deru angin dari pantai menghangatkan tubuh pemuda itu Berjalan selangkah demi selangkah seolah tiada penghujung Mungkin baginya tiada penghujung pada setiap pertemuan Selain perpisahan... Kali ini dia hampir putus semangat Seolah semangatnya terbuai-buai Tiada pautan yang memungkin dia boleh berdiri sendiri Selain usaha doa dan tawakal yang istiqamah. Dia bangkit semula serta hadir ke kuliah.. Semester dua baru bermula. Aku sebenarnya masih dalam mood bercuti tapi kadang-kadang semangat baik itu muncul lalu, aku segera pergi mencapai buku dan membaca. Kata Cik Wan, mesti membaca walaupun hanya majalah, surat khabar dan bahan-bahan bacaan yang lain. Kadang dalam pembacaan yang santai itu sebenarnya ada ilmu yang satu hari nanti kita akan guna. Jadi, aku nak beritahu sebenarnya cuti semester lepas aku tak habis baca buku waimah sebuah. Entahlah, apa yang aku buat pun aku tak tahu. Tapi, Alhamdulillah ada jugalah aku menulis serba sedikit. Janji kepala otak ni aku tak biarka

Walaupun Bukan Mudah

Image
Semenjak dua menjak ini aku dihantui kembali kenangan lalu. Kawan-kawan masa diploma, memang menipulah kalau aku dah hilang rindu pada mereka. Aku ingat lagi bila kalau lalu bawah lorong nak ke Kedai Makan Pak, mereka akan sedaya upaya mengacau aku sampaikan aku pernah menjerit dan butang tudung tercabut. Punyalah kuat aku menjerit sampai boleh tercabut, tapi lepas itu pandailah abang long aku pergi beli yang baru. Itu baru sebahagian. Banyak lagi kisah yang aku nak coretkan tapi aku takut masa aku tulis nanti, aku nangis. Ada pernah sekali kami sekelas keluar pergi Masjid Jamek semata nak teman aku berjalan-jalan. Habis kelas semua terus hilang. Itu antara kenangan yang paling aku ingat sampai sekarang. Lepas habis PeTA semua dah sibuk dengan tujuan hidup masing-masing. Ada yang nak sambung belajar, ada yang memilih untuk berkahwin, ada yang memilih untuk berniaga, memilih untuk bekerja di negeri kelahirannya, ada yang mahu bekerja sementara dan ada juga yang mahu melansungkan perkah

Itu Semua Ketentuan Takdir.

Takdir? Sebuah percaturan yang telah Allah tetapkan untuk sesuatu peristiwa itu. Kau makan sekarang, itu takdir. Kau bercinta sekarang, itupun takdir. Kau sihat atau sakit sekarang, itu juga takdir. Kau bekerja dimana dan bagaimana juga itu takdir. Kau berkahwin tetapi tiba-tiba putus tengah jalan, itu juga takdir. Tiba-tiba selama ini kau selalu diberi anugerah kerana menjadi pekerja atau pelajar contoh tapi satu hari kau dipecat kerana ada satu kesalahan, itu juga dipanggil takdir. Cuba kau bayangkan, satu hari kau sedang memandu kereta dengan cermat sekali tetapi tiba-tiba disebabkan kesalahan orang lain kau kemalangan, dan itu juga adalah takdir yang tak dapat dielakkan. Semua itu sudah ditetapkan olehNya. Jangan sesekali engkau hendak merubah takdir. Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula),

Bagaimana?

Image
Bagaimana aku belajar menjadi tabah di balik kehancuran ? Bagaimana aku belajar menjadi kesetiaan di balik kecurangan ? Aku belajar semua ini daripada pemerhatian dan... Aku juga turut merasainya sekali Bahawa sakitnya penderitaan itu tiada berbelah bahagi. Rindu :( Taty 1.59 AM   24 Disember 2014